Selasa, 7 Januari 2014

Pegawai tinggi polis terlampau ..!

“Kes terbaharu jam 10 pagi 2 Januari lalu apabila pengadu dan rakannya masuk ke bilik pegawai berkenaan. Dia secara tiba-tiba memegang dagu seorang daripada mereka tetapi mangsa berjaya melarikan diri ke sudut lain dalam bilik berkenaan sebelum lelaki itu memeluk seorang lagi pelajar dari belakang,” katanya, semalam.

Taiping: Polis sedang mengesan seorang pegawainya yang berpangkat Deputi Superintendan selepas didakwa mencabul kehormatan dua pelajar kolej yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di sini.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis pada 3 Januari lalu kerana tidak mampu bersabar lagi dengan kerenah pegawai terbabit yang didakwa sering melakukan perbuatan itu terhadap mereka sejak melakukan tugasan akademik di balai polis berkenaan beberapa bulan lalu.
{baca lagi klik butang papar ... }




“Kes terbaharu jam 10 pagi 2 Januari lalu apabila pengadu dan rakannya masuk ke bilik pegawai berkenaan. Dia secara tiba-tiba memegang dagu seorang daripada mereka tetapi mangsa berjaya melarikan diri ke sudut lain dalam bilik berkenaan sebelum lelaki itu memeluk seorang lagi pelajar dari belakang,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, pegawai berusia 40-an itu dipercayai sudah melakukan perbuatan itu beberapa kali dan pelajar berkenaan dikatakan pernah menegur tetapi tidak diendahkan.

Buka kertas siasatan

“Polis sudah membuka kertas siasatan mengenai aduan itu atas arahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, siasatan tertangguh kerana pegawai berkenaan menghilangkan diri dan pergerakannya gagal dikesan.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan siasatan masih diteruskan.

Difahamkan, dua pelajar wanita itu bersama dua lagi pelajar lelaki dari sebuah kolej di sini mengadakan latihan amali di balai polis berkenaan sejak Oktober lalu dan dijadualkan berakhir menjelang akhir bulan ini.

Setakat ini, pengurusan kolej itu juga dikatakan tidak mengetahui kejadian berkenaan.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: