Mesti pemuda tersebut menyimpan dendam dan rasa sakit ahti yang tak terhingga ke atas batang tubuh timbalan menteri tersebut. Tue pasal kena tumbuk. Amek
kaw.
WAKAKAK..
{baca lagi klik butang papar ... }
Btw, aku tak sokong PDRM menghukum individu yang tumbuk timbalan menteri tersebut. P. Kamalanathan. Biarpun dia dari UMNO sekalipun. Dia masih rakyat biasa
oke. P. Kamalnathan neh nama pun menteri. Mestilah berjiwa besar melayani karenah rakyat. Ada la yang menyebabkan dia marah sangat. Sepatutnya siasat kenapa
orang tue tumbuk muka kau. Kenapa orang tue marah sangat. Lepas tue cari jalan penyelesaian. Anggapla muka ditumbuk itu sebagai satu peringatan. Nak jadi
menteri, buatlah kerja. Menyenangkan situasi lagi. Jangan menyusahkan rakyat. Jangan bagi tambah beban.
Baca ;
Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari
ini.
Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa
dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.
more
Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli
Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.
Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang
saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.
Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan
di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.
Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
0 respon:
Catat Ulasan