Seblum terjadinya himpunan TURUN kos sara hidup yang kemudiaannya ditukar oleh para macai dan media pro UMNO sebagai GULING, kita dengar macam-macam perkara.
Episod letupan bom, rancangan rusuhan dan kisah seorang facebooker yang menulis untuk mengulingkan kerajaan berdendang setiap hari. Lagu haprak yang menyakitkan telinga.
penburukonline.blogspot.com
Hakikatnya tiada apa yang berlaku. Itu hanya fantasi lucah UMNO dan para macai untuk menakutkan orang ramai dan juga mengalih perhatian dari isu utama yakni bantahan peningkatan kos sara hidup ekoran dasar bodoh kerajaan UMNO.
Polis dalam suasana menjalankan tugas adakalanya bertindak 'berat sebelah', yang kita semua sedia maklum. Biarlah mereka jawab di akhirat.
Apa yang terjadi sebenarnya bila pihak polis menahan seorang pemuda dari Sarawak dan apakah dia berkait dengan parti pembangkang? Ini jawapannya :
{baca lagi klik butang papar ... }
Lelaki Di Sebalik Facebook Hasut Guling Kerajaan Hanya Buat Untuk Suka-Suka
KUCHING: Pemegang akaun Facebook dengan nama Asmaelz Hadzeny II, 25, memohon maaf atas cubaan untuk menghasut orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan'.
Penganggur itu ditahan polis tidak lama selepas dia mengeluarkan kenyataan di Facebook pada bulan lepas, di Kampung Karambut di Saratok, kira-kira 400 kilometer dari sini.
Dia dibawa ke Bukit Aman dan direman sehingga dibebaskan pada Jumaat.
Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 10.25 malam yang tiba dari Kuala Lumpur berkata:
"Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi lelaki yang dibawa oleh anggota polis keluar dari balai ketibaan. Inilah kenyataan tanpa berfikir (akibat perbuatan) yang hanya untuk suka-suka menyuruh orang ramai untuk merusuh.
"(Tindakan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa."
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Ha .. dia buat suka-suka .. bukan dari parti pembangkang .. tapi cepat sungguh para macai dan media kata itu kerja pembangkang. Bodoh melantun-lantun!!
Jadi siapa punya angkara episod bom, Rafizi atau penulis email palsu dari macai UMNO?
Siapa yang salah meletakkan gambar seorang yang cedera parah kononnya di baling batu?
Apakah itu semua hanya untuk suka-suka atau sekadar fantasi hanyir dari para macai ... lu fikir la sendiri!!
Kalau kita membaca sejarah Hitler,kita akan dapati bnyk persamaan dgn tindakan2 UMNO.Hitler pernah berkata kpd rakyat Jerman bahawa Parti Nazi ada lh penyelamat bangsa dn negara Jerman.Pihak Nazi di syaki membakar bangunan Parlimen Jerman dn menuduh di laku kn oleh puak Komunis.Just to legalise penangkapan pemimpin2 dn penyokong2 Parti Komunis.
1 respon:
Kalau kita membaca sejarah Hitler,kita akan dapati bnyk persamaan dgn tindakan2 UMNO.Hitler pernah berkata kpd rakyat Jerman bahawa Parti Nazi ada lh penyelamat bangsa dn negara Jerman.Pihak Nazi di syaki membakar bangunan Parlimen Jerman dn menuduh di laku kn oleh puak Komunis.Just to legalise penangkapan pemimpin2 dn penyokong2 Parti Komunis.
Catat Ulasan