Kuala Terengganu: Malang menimpa seorang wanita apabila dia bukan saja diceraikan suaminya Oktober lalu, malah turut dirogol dan kakinya diikat lelaki terbabit, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di rumah mangsa di Kampung Pengadang Baru di sini, wanita berkenaan berada dalam bilik tidur ketika suspek menceroboh masuk ke rumahnya sambil membawa sebilah pisau.
Difahamkan, mangsa bercerai dengan suaminya sejak Oktober tahun lalu dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan mereka.
{baca lagi klik butang papar ... }
Acukan pisau ke leher
Sumber berkata, mangsa yang berusia 30-an terkejut dengan kedatangan suspek ke rumahnya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek berusia 40-an mengacukan pisau ke lehernya.
Beliau berkata, suspek turut menampar mangsa berkali-kali, sambil mengugut mahu membunuh wanita itu jika enggan melakukan hubungan seks.
Katanya, mangsa yang ketakutan dan tidak berdaya melawan kemudian dirogol bekas suaminya.
“Suspek kemudian mengikat kaki mangsa dan memukulnya sehingga lemah.
“Mangsa yang bimbang suspek mengulangi perbuatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis sedang memburu suspek.
0 respon:
Catat Ulasan