Isnin, 6 Januari 2014

Macam biasa, lidah rasmi UMNO, Utusan bakal disaman lagi ...!

Utusan oh Utusan .. apalah nak jadi, bangsa melayu, agama Islam tapi laporan fitnah bagai nak rak. Bila agaknya Utusan nak belajar dari kesilapan terdahulu


Takpe, kalau kantung dah kosong boleh je minta GLC pakat iklan ramai-ramai. Sapa punya kerja? GLC harta rakyat .. bukan mak bapak UMNO punya, kita ikuti isu panas berikut:

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mengancam mahu menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, berikutan satu pertuduhan mendakwa beliau berlaku kasar di
pejabatnya dekat Butterworth bulan lalu.

Pada 22 Disember lepas, akhbar tersebut menyiarkan berita bertajuk "Lelaki dakwa dipukul wakil rakyat DAP” dan lelaki itu dipercayai G. Paradase, 36, yang
dipukul oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Utiliti, Kerja Raya Pulau Pinang Lim Hock Seng.
{baca lagi klik butang papar ... }




Laporan itu mendedahkan, Paradase pergi berjumpa Lim di pejabatnya di Jalan Raja Uda kira-kira jam 9.20 malam bagi meminta kebenaran mengadakan Pesta Ponggal.

Lelaki itu mendakwa beliau menunggu Lim selama dua jam yang kemudian dtengking, dipukul dan dihalau dari pejabat tersebut, lapor Utusan.

Sedih dengan insiden itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin pada jam 10.30 malam.

“Semasa insiden itu, saya sedang bertemu dengan seseorang dan memintanya tunggu di luar. Saya tidak menengking atau memukulnya,” kata Lim dalam satu sidang
media di Pulau Pinang hari ini.

Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo, yang merupakan peguam terlatih berkata satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada pengarang dan akhbar Utusan
Malaysia (M) Bhd di Kuala Lumpur hari ini bagi meminta laporan itu ditarik balik dan permohonan maaf di muka hadapan.

Beliau berkata laporan tersebut telah menyebabkan Lim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Jermal dicemuh, dihina dan dan dimalukan di
khalayak ramai..

“Pertuduhan itu tidak benar, salah dan fitnah. Lim tidak pernah menengking atau memukul pengadu seperti dalam laporan itu,” katanya yang membaca surat
tunjuk sebab di sidang media berkenaan.

Katanya, disebabkan dakwaan itu tidak benar, Utusan diminta menarik semula laporan itu tanpa syarat dan membuat permohonan maaf dalam tempoh seminggu serta
membayar pampasan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Permohonan maaf dan penarikan laporan itu perlu dicetak di muka hadapam akhbar. Gagal berbuat demikian, peguam kami akan memulakan proses guaman tanpa
merujuk terlebih dahulu kepada Utusan,” katanya. – 6 Januari, 2014.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: