Khamis, 30 Januari 2014

Kerana kebodohan diri sendiri, isteri dirogol beramai-ramai

Seorang isteri pekerja sebuah tapak pembinaan di Jalan Lanang di sini menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki pada malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingku-ngan 20-an dikatakan mengikuti satu sesi minum bersama suami dan dua rakan lelaki mereka di kuarters pekerjadi Sibu.

Difahamkan, selepas dua rakan lelaki berkenaan beredar dari situ pada jam 10.30 malam, pasangan suami isteri tersebut dikatakan mengajak beberapa orang rakan sekerja di tapak pembinaan tersebut untuk meneruskan sesi minum di bilik mereka.

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Sesi minum tersebut dikatakan semakin rancak sehingga pasangan suami isteri terebut dikatakan tidak sedarkan diri sehingga keesokan paginya.

Apabila si isteri terbangun pada pagi Ahad itu, dia mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak teratur dan kusut.

Si isteri berasa hairan kerana dia tidak mungkin melakukan hubungan seks dengan suaminya kerana suaminya sudah tertidur terlebih dahulu.

Bimbang dan curiga sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya, si isteri kemudian bertanya kepada suaminya sama ada mereka berdua ada melakukan persetubuhan pada malam itu.

Selepas mendapati suaminya tidak menyetubuhinya pada malam itu, dia terus memberitahu suaminya bahawa dia mungkin dirogol secara bergilir-gilir oleh rakan sekerja di situ ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk.

Satu laporan polis telah di-buat oleh pengadu di Balai Polis Sentral Sibu kelmarin. -The Borneo Post

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: