Sabtu, 18 Januari 2014

Hubungan sulit menteri didedah isteri melalui Twitter

dia bertanggungjawab menghantar mesej berkenaan dan mengaitkannya dengan skandal rasuah yang hampir meranapkan kerjaya suaminya.

“Wanita itu menggoda Tharoor tetapi lelaki itu memang bodoh
.

New Delhi: Seorang isteri ahli politik kanan India semalam mengaku menggodam akaun Twitter suaminya sebagai langkah membalas dendam serta membongkar hubungan sulit lelaki terbabit dengan wartawan Pakistan

Tindakan Sunanda Tharoor itu menjadi sumber kepada beberapa akhbar tempatan yang membuat laporan mengenainya di muka depan masing-masing.

Sunanda menghantar tweet itu menggunakan akaun suaminya, Shashi Tharoor bagi mendedahkan komunikasi Menteri Sumber Manusia itu dengan Mehr Tarar, 45, kelmarin.

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Tweet itu mendedahkan bagaimana Tharoor, 57, mengaku mencintai Mehr dan mendakwa Sunanda sudah mengetahui hubungan sulit mereka.

Sunanda adalah bekas ahli perniagaan berpangkalan di Dubai dan berkahwin dengan Tharoor pada 2010.

Sunanda adalah isteri ketiga Tharoor.

Kata Sunanda, dia bertanggungjawab menghantar mesej berkenaan dan mengaitkannya dengan skandal rasuah yang hampir meranapkan kerjaya suaminya.

“Wanita itu menggoda Tharoor tetapi lelaki itu memang bodoh.

“Untuk pengetahuan anda wanita itu adalah ejen Pakistan.

“Di manakah cinta dan kesetiaan di dunia ini?” katanya.

Mesej dihantar Sunanda menggunakan akaun Tharoor itu dibaca dua juta pengikutnya di laman Twitter.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: