Rabu, 22 Januari 2014

Budaya UMNO, tak pernah nak mengaku salah!

Aku tertarik dengan kenyataan dari Setiausaha Penerangan UMNO Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkaitan gesaan Kit Siang ke atas anggota Dewan Undangan Machang Bubuk, Lee Khai Loon memohon maaf secara terbuka mengenai isu #kangkung.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata memang menjadi budaya pembangkang menimbulkan isu yang membuatkan rakyat marah dan selepas itu memohon maaf.

"Permohonan maaf sebegitu sebenarnya sudah tidak mempunyai nilai kerana ia merupakan budaya parti pembangkang untuk mengalih pandangan selepas mengguris hati pelbagai pihak,"

Bagi manusia yang normal, lebih baik minta maaf dari tidak mengaku salah, berlagak seperti firaun dan ego. Mengaku UMNO sahajalah parti yang terhebat sedangkan setiap langkah penuh najis.

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








penburukonline.blogspot.com

Tanah rezab melayu yang semakin berkurang hingga kini siapa punya angkara. Mengguris hati melayu majority, ada UMNO minta maaf?

Tulisan jawi yang telah pupus gara-gara UMNO celako, UMNO tetap tidak mengaku salah, ada UMNO minta maaf?

Hutang Negara yang semakin membimbangkan dan gara-gara nak cover balik, segala subsidi ditarik balik, ada UMNO minta maaf atas kesilapan urus tadbir pemimpin bangang UMNO?

Pembaziran demi pembaziran yang menggunakan duit rakyat seperti jambatan bengkok, bakun dan lain-lain ada UMNO minta maaf?

Memperjudikan pelajar dengan dasar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris serta berbillion duit rakyat untuk itu , ada UMNO minta maaf? Haram tak ada...

Menderhaka kepada raja-raja melayu, ada UMNO minta maaf ..?

Kalau kita nak senaraikan berates lagi kesalahan UMNO pada rakyat, bangsa dan Negara. Ada UMNO minta maaf?Mungkin aku terlupa, Najib pernah minta maaf dan merayu agar UMNO diberi peluang sekali lagi. Bila menang PRU 13, UMNO ulang tabiat lama. Bernilaikah permohonan maaf Najib? #kangkung lebih bernilai dari maruah UMNO!

Nasihat aku kat Datuk Shabudin, lebih baik minta maaf dari mengamalkan prangai firaun.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: