Khamis, 16 Januari 2014

Bekas mufti kata Dr Maza jangan meroyan dalam media sosial

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan bekas rakan sejawatannya yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.

Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, 13 Jan.

Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








“Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.

“Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah” katanya.

Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan mela

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: