Jumaat, 10 Januari 2014

Amik Kau! Tan Sri Muhammad Shafee gagal ketepi keputusan salah laku!

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara, yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan Muhammad Shafee setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancara Muhammad Shafee dengan sebuah organisasi media.

Zaleha berkata mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) bahawa artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji perayu dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat yang dibenarkan Akta Profesion Guaman.


{baca lagi klik butang papar ... }




"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.

"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.

Muhammad Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Okt 2012 yang mendapatinya melanggar Seksyen 94(3)(k) Akta Profesion Guaman dan memerintahnya membayar RM5,000 kepada Tabung Tatatertib.

Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 Nov 2012, Muhammad Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 Sept 23 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.

Dua artikel berkenaan yang bertajuk 'Counsel rests his case' dan 'Keeping within the letter of the law', tersiar pada 27 Sept 2009.

Lembaga itu mendapati Muhammad Shafee membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001.

Muhammad Shafee diwakili peguam Sarah Abishegam, manakala Majlis Peguam oleh peguam Tan Sheong Leong. - Bernama

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: