Ahad, 26 Januari 2014

Akhirnya saat menakutkan bakal menimpa rakyat Malaysia



woit .. itu video Najib minta maaf sebelum PRU 13. ADA yang nak termuntah ..?

Najib mengemudi Malaysia sekali lagi dan jika perkara di bawah tidak dapat dinafikan oleh Najib, maka rakyat Malaysia perlu berasa cemas dan bimbang.

penburukonline.blogspot.com

Manakan tidak, dari tahun ke tahun,urus tadbir Najib yang ingin memperbaiki kesilapan kononnya telah menghukum rakyat di atas kesilapan mereka.

Subsidi dipotong, sara hidup meningkat, makan kangkung je Najib pandai!

Hutang sebenar negara dijangka meningkat daripada RM529.2 bilion pada September lalu kepada jumlah hutang semasa yang mengatasi 55 peratus paras siling hutang yang dibenarkan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata anggaran ini dibuat berdasarkan tindak-tanduk Kerajaan Pusat yang sejak mutakhir ini yang masih terus membiayai projek mega yang dijalankan syarikat kroni mereka termasuk projek Mass Rapid Transit System (MRT).

“Ini tidak termasuk hutang halimunan yang kita tidak tahu entah berapa. Cuma kita tahu hutang negara termasuk hutang luar jangka sebelum ini sudah mencecah 69 peratus dan sekarang kemungkinan besar sudah mencapati 70 peratus daripada KDNK.

“Projek MRT sahaja sudah mencecah RM60 bilion yang kebanyakkannya ditanggung kerajaan walaupun pada awalnya dikatakan akan dibiayai pihak swasta,” kata Nurul Izzah ketika ditemui Selangor Kini dalam Program Hormat Diri Anda anjuran Exco Hal Ehwal Wanita Selangor.

DSC_8611Keadaan kerajaan yang digambarkan dalam keadaan terdesak ini disahkan lagi dengan tindak-tanduk kerajaan sejak akhir- ini semakin giat memotong subsidi untuk rakyat seperti menaikan harga petrol dan tarif elektrik.
Terdahulu dalam satu temubual bersama Selangor Kini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat dijangka mengambil langkah drastik sekiranya pertumbuhan hutang negara mengatasi 55 peratus daripada KDNK.

Langkah itu diambil bagi memenuhi syarat sekiranya kerajaan memutuskan membuat pinjaman baru dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mahupun syarikat kewangan antarabangsa lain.

Antara syarat lazim dikenakan kepada negara yang berhadapan bebanan hutang seperti mana dialami Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina, mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji kaki tangan awam yang masih berkhidmat.

Selain itu negara-negara tersebut juga terpaksa memutuskan sama ada memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada sehingga melambung tinggi bagi tujuan mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana semula dana negara.


Jadi segala ikrar, janji dan rayuan Najib hanya tak lebih dari menipu rakyat semata-mata.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: