Isnin, 30 Disember 2013

Pemuda UMNO sudah insaf beb ...!!

Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara.

“Sama-sama kita berdoa agar negara lebih aman serta dijauhkan bencana pada 2014 dan tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing,” katanya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.

“Dengan membatalkan sambutan tahun baharu, polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysia harus kita pertahankan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri yang tidak terlibat banjir berganding bahu menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

“Hampir setiap tahun di beberapa negeri dilanda banjir sehingga menyebabkan jutaan ringgit barangan rosak dan hilang. Malah, sehingga kini mangsa-mangsa banjir masih lagi trauma dan kebingungan.

“Bantuan sedia ada masih tidak mencukupi dan banyak lagi kekurangannya. Namun sikap yang prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia selama ini amat dipuji,” katanya.

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: