Khamis, 26 Disember 2013

Pelajar IPT ni berzina dengan siapa sampai buang bayi?

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini sanggup membuang bayi itu di luar tandas berkenaan, di Batang Tiga, Tanjung Kling, di sini, malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, rahsia pelajar perempuan berusia 18 tahun terbabit yang membuang bayinya menerusi ruang antara dinding tandas dan bumbung terbongkar apabila ibu saudaranya berusia lingkungan 60-an curiga selepas hampir sejam dia berada di dalam tandas berkenaan.

Menurut sumber, bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas pelajar berkenaan, ibu saudaranya ke tandas untuk memeriksa keadaannya dan tekejut melihat lantai dipenuhi dengan darah.
{baca lagi klik butang papar ... }




"Pelajar itu mendakwa mengalami pendarahan kerana buasir dan dibawa ke Hospital Melaka oleh ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan.

"Namun, rahsia pelajar berkenaan terbongkar selepas pemeriksaan mendapati dia baru saja melahirkan dan terdapat uri yang masih tertinggal di dalam rahimnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata, pelajar berkenaan ke rumah ibu saudaranya itu untuk bercuti.

Hasil pemeriksaan di luar tandas rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi menemui mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dengan cukup sifat dan masih bertali pusat.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala suspek kini dirawat di wad hospital sama dan akan ditahan bagi membantu siasatan.- Bernama
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: