Sabtu, 21 Disember 2013

Najib kata nak ambil 'Viagra' .. aduhai .. dah lembik ke?

Hehehe bukan sekali Si Najib berseloroh dalam ucapannya yang mengaitkan unsur seks. Dalam ucapan persidangan UMNO hari tu pun dia ada minta 'bayaran' dari Rosmah ketika di memuji bini dia berguni-guni ..

Kali ini Si Najib guna istilah 'viagra' pula dalam persidangan UMNO.

Viagra tu sindir Chua Soi Lek ke apa ...? Kita semua maklum aksi ranjang bekas presiden MCA tu hehehehe

Kasihan pulak CSL .. dia tau ke boss dia sindir dia sebegitu rupa?
{baca lagi klik butang papar ... }




Jom terjah ucapan Si Najib .. kau amik Viagra ke?


"Kita perlukan 'viagra politik'. Anda (MCA) sudah di bawah.

"Kita ada MCA, Umno dan parti komponen lain untuk mendapatkan kembali semangat itu," katanya yang disambut sorakan gemuruh perwakilan MCA.

Menurut Najib, beliau akan meminta Menteri Kesihatan memberikan ubat kuat tersebut.

"Kita minta Menteri Kesihatan berikan 'viagra' kepada kita untuk kukuhkan MCA sebagai parti pilihan masyarakat Cina dan juga untuk parti.

"Tapi bergantung kepada kerja keras. Kita tak boleh janjikan pelbagai sebelum kita meraihnya atas usaha kerja keras," katanya.

Pada PRU13 yang lalu, MCA mengalami pencapaian paling teruk dalam sejarah apabila hanya menang enam kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun.

Parti itu bertanding masing-masing 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dun.

Ekoran kekalahan teruk itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti itu yang berlangsung hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat sebagai menerima tanggungjawab atas kekalahan teruk MCA pada PRU lalu selain memberi laluan kepada generasi baharu untuk menerajui parti.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: