Isnin, 4 November 2013

UMNO bongkak akhirnya gagal juga

UMNO yang bongkak dengan menguasai ruang media, menguasai duit rakyat akhirnya gagal juga di DUN Sungai Limau.

Bertaburan projek sana projek sini, propaganda media yang terus menerus mengamalkan demokrasi tempang media tidak dapat membantu untuk memenangkan UMNO-BN.


Ini belum lagi dengan hasil kerja tangan SPR. Pengundian dibuat hari bekerja. Kalau tengok bola pun boleh bagi cuti, Apasai SPR tak nak rancang buat hari cuti atau kerajaan negeri bagi cuti sempena pilihanraya?

Benarkah UMNO kalah bergaya ..?

Seperti kata Shahrizat Jalil

"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat

"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya.

Manakala DS Jamil Khir Baharom pula berkata;

"Kita terima kekalahan dengan hati terbuka sebab rakyat dah buat keputusan mereka," katanya.

penburukonline harap sangat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh UMNO melayu ni hormat dan tidak meminggirkan penduduk DUN Sungai Limau.

Kalau hormat janganlah buat perangai sama untuk Kelantan dan negeri-negeri pembangkang yang lain.

penburukonline sekadar berharap tapi macam biasa UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan. UMNO akan terus menerus menghukum pendudk yang berpayung di bawah prinsip demokrasi.

Tahniah kepada PAS!Berikut keputusan penuh pilihanraya DUN Sungai Limau 4 November 2013.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,107 undi. 
Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,105 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,998
undi.
Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.
Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.
Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah PAS menang

Tanpa Nama berkata...

syukur pada Allah, terimakasih dan tahniah untuk petugas selamat bertugas untuk YB semoga langkah ini akan memacu kejayaan seterusnya.Takbir............................................

mohd azrul berkata...

bn kalah bergaya kah kah kah dan tadi tengok keputusan prk sungai limau di tv3 bila pas menang hanya tunjuk sedikit saja sedangkan astro awani siap tunjuk perbualan bersama pengerusi spr dan mahfuz omar