Khamis, 7 November 2013

TUKAR HAK MILIK KENDERAAN KINI GUNA CAP JARI

Pemilik dan pembeli kenderaan terpakai kini perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan melalui
sistem mySikap bermula 1 November 2013.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, melalui mySikap, orang tengah sudah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan
sebaliknya pemilik asal dan pemilik baharu kenderaan dikehendaki hadir di mana-mana cawangan JPJ untuk mendaftarkan cap jari mereka.



{baca lagi klik butang papar ... }




“Melalui sistem ini, proses tukar hak milik kenderaan akan menggunakan kaedah biometrik yang mengkehendaki pemilik dan pembeli hadir ke JPJ untuk pengesahan
cap jari.

“Penggunaan biometrik mengatasi pelbagai kelemahan sistem borang dalam proses tukar hak milik kenderaan sebelum ini,” katanya selepas majlis penutup Karnival
Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini kelmarin. Sumber Kosmo

AAP - Timbul juga persoalan bagaimana pula pemilik yang sememang sudah uzur atau pun yang OKU yang tidak boleh bergerak dan berjalan, nak di bawa ke pejabat
JPJ? Sebaiknya diadakan satu keadah yang lebih baik dan lebih memudahkan untuk orang awam.

Wassalam, Wa'allahhualam.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: