Sabtu, 23 November 2013

RM140 juta ..? Hehehe kena perbodoh macam tu je rakyat ..!

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit
kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas.

Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan kerajaan.


"Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung," katanya pada persidangan akhbar selepas berjumpa dengan Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) di pejabat jawatankuasa itu di Parlimen pada Khamis.


{baca lagi klik butang papar ... }




Beliau berkata kerana daya tarikan K-Pop, ia telah menyemarakkan sambutan Hari Belia itu sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.

Ahmad Shabery berkata ini termasuk tajaan yang memberikan nilai pulangan sehingga RM26 juta yang dianjurkan Telekom Malaysia dan ada pula tajaan yang memberikan
pulangan RM1.9 juta atau keuntungan dalam bentuk tunai setinggi RM2.3 juta tetapi keuntungan sebenar datang dalam bentuk beransur-ansur.

"Saya beritahu mereka, jangan melihat tentang isu K-Pop secara berasingan, acara yang dibuat ialah hala tuju belia secara besar. K-Pop hanya menjadi satu
daripada 500 acara yang dibuat sempena Hari Belia itu dan telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung.

"Kalau Brazil ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, biarlah Malaysia mempunyai satu hari yang bersifat ikonik iaitu festival Hari Belia itu sendiri,"
kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah
deposit daripada RM900,000 perlu dibayar.

Beliau menjelaskan isu yang dipolitikkan ialah isu deposit pendahuluan yang menggunakan duit kerajaan tetapi secara keseluruhan, program artis K-Pop itu
berjaya mendapat tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM2.3 juta.

PAC pada Khamis mendapati tiada sebarang salah laku dalam isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dari Korea Selatan oleh Kementerian Belia dan Sukan
semasa diterajui Ahmad Shabery tahun lepas.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini kerana segala pembayaran semasa sambutan Hari Belia 2012 itu mengikut prosedur pembayaran.

"PAC berpuas hati dengan penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek," katanya pada sidang akhbar lain.

Ahmad Shabery menemui jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ahmad Shabery secara sukarela berjumpa dengan PAC yang dianggotai Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan penjelasan dan bukannya dipanggil
oleh PAC bagi memberi keterangan.

"PAC tidak bercadang untuk memanggil Ahmad Shabery kerana penjelasan yang diberikan sudah memadai," kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu tidak mendapati sebarang salah laku dalam isu pembayaran K-Pop, cuma berlaku salah faham mengenai prosedur pembayaran.

"Saya rasa, jawapan daripada menteri memuaskan. Pada pandangan saya dan jawatankuasa saya yang terdiri daripada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang,
beliau (Ahmad Shabery) telah memberikan (penjelasan) secara keseluruhan mengenai dasar dan proses Hari Belia yang dijalankan," katanya.

Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai
dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih.

"Sejumlah RM1.6 juta telah dikeluarkan untuk membawa masuk tiga artis K-Pop dari Korea Selatan. Daripada jumlah itu sebanyak RM900,000 merupakan bayaran
untuk artis dan bakinya merupakan kos dalam bentuk cukai, pengangkutan, penginapan yang diuruskan syarikat promoter," kata Nur Jazlan.

Masalahnya ramai pihak hanya melihat kepada skop yang sensasi iaitu artis K-Pop itu sendiri sedangkan kumpulan artis itu hanya menjadi modal tarikan untuk
mendatangkan keuntungan yang lebih besar pada Hari Belia itu sendiri yang disifatkan oleh Nur Jazlan sebagai berjaya dan mencapai matlamat.

"PAC akan menyediakan perincian mengenai isu pembayaran artis K-Pop dan Hari Belia 2012 melalui satu laporan khas yang akan dibentangkan kepada umum selewat-lewatnya
awal tahun depan," kata Nur Jazlan.

- Bernama
sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: