“Walaupun masih bekerja, majikan beri saya pelepasan untuk watak tersebut yang mungkin hanya selama beberapa minit,”
Kuala Lumpur: “Saya akan tetap teruskan pekerjaan ini walaupun sudah bergelar pelakon,” kata pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Azman Md Nayan.
Menurutnya buat masa ini, dia tidak bercadang untuk berhenti kerja dan menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan utama kerana sedar di mana kedudukannya
dan tempat dia mula bekerja.
{baca lagi klik butang papar ... }
“Tambahan pula, majikan pun membenarkan saya berlakon secara sambilan dan kebetulan esok pagi (hari ini) pun saya terima satu lagi tawaran berlakon memegang
watak pengawal keselamatan dari sebuah syarikat bas.
“Walaupun masih bekerja, majikan beri saya pelepasan untuk watak tersebut yang mungkin hanya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro,
semalam.
Semalam, Azman, 49, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama pelakon Izara Aishah dan Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di LTSAAS
tersebar luas.
“Ketika itu saya sedang rehat dan tiba-tiba seorang lelaki datang meminta saya berlakon sebagai sebagai pengawal keselamatan dan saya pun bersetuju,” katanya
sambil menambah menerima bayaran RM100 untuk watak kira-kira dua minit itu.
Azman mula mencetuskan perhatian umum selepas rakaman insiden kekecohan dengan isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Siti
Aisya Adam, 24, tersebar di Internet sejak 23 September lalu.
0 respon:
Catat Ulasan