Selasa, 5 November 2013

Malang sungguh nasib bangunan LHDN, malang juga duit rakyat



MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan memberi kenyataan bercanggah kepada Ketua Audit Negara berhubung status bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bangi, yang didapatinya masih terus menakung air setiap kali hujan.

Beliau melawat bangunan berkenaan pada Khamis lalu dan mendapati bahagian hadapan dan kawasan parkir bawah tanah kompek Jabatan Pemprosesan Maklumat itu digenangi air.

{baca lagi klik butang papar ... }



NONEKementerian Kerja Raya pada 13 Mac lalu dalam jawapannya kepada Ketua Audit Negara menyatakan bahawa perkara itu cuba diatasi dengan membina dinding kaca, dan pembaikan juga dijalankan untuk mengelakan kebocoran ke tingkat bawah tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menegur projek bermasalah tersebut yang melibatkan peningkatan kos dari RM68 juta kepada RM94 juta.

Pembinaan bangunan tersebut bermula pada 12 Februari 2008 dan dijadualkan siap dalam tempoh 643 hari, namun berlarutan sehingga 1,259 hari.

Bangunan tersebut siap pada Oktober 2011, namun masih belum dapat digunakan kerana tidak mematuhi ketetapan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

NONEOleh itu, sijil penyiapan dan pematuhan juga tidak dapat dikeluarkan.

“Sebagaimana yang anda dapat lihat, gambar yang diambil ini dari hari Khamis lalu dan menunjukkan ia masih dinaiki air,” kata Ong yang membawa wartawan untuk melawat bangunan tersebut pagi ini.

Bagaimanapun beliau dihalang dari memasuki premis tersebut dan diberitahu bahawa beliau hanya boleh berbuat demikian jika ditemani oleh pegawai JKR.

Ong yang ditemani Senator T Chandra Mohan berkata JKR telah memberi kebenaran untuk memasuki bangunan tersebut pada Khamis lalu ketika Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan.

Katanya, kejadian banjir yang berterusan menyebabkan kerosakan dan bahagian bangunan itu juga berlumut dan berkarat.

Walaupun masih belum digunakan, ia telahpun menanggung bil utiliti sebanyak RM758,400 sejak November 2011 hingga bulan lalu.

Jelasnya, lampu perlu dipasang pada waktu malam dan pengawal keselamatan juga ditempatkan di kawasan tersebut.


sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: