KUALA LUMPUR: Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Gani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes mata lebam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada Umno, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod yang bersiri sebenarnya.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
{baca lagi klik butang papar ... }
Baginya, ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Gani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.
“Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu,” tulisnya lagi. sumber
0 respon:
Catat Ulasan