Ahad, 10 November 2013

Jual tubuh hanya RM15

Biarpun umur sudah menjangkau 51 tahun, namun seorang wanita yang layak digelar nenek masih mahu menjual diri dengan mengenakan caj hanya RM15.

Wanita itu antara yang ditahan dalam Ops Noda dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sebuah hotel murah di Bahau di sini, malam kelmarin.



{baca lagi klik butang papar ... }





Ketua JSJ Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam operasi bermula jam 3.15 petang itu, seramai lapan wanita dan seorang 'makyah' ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 51 tahun dan tujuh daripada mereka beragama Islam.

“Ketika serbuan, wanita terbabit didapati sedang asyik berbual dengan tiga pelanggan di sebuah bilik khas disediakan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, tiga daripada bilik di hotel berkenaan dijadikan ‘port’ bagi tujuan itu.

Hamdan berkata, turut ditemui beberapa paket kondom yang disorokkan di dalam sebuah stor hotel berkenaan, dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai hotel berkenaan sering menjadi tumpuan ramai warga asing kerana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks hanya perlu membayar RM15.

“Apa yang kita kesalkan apabila seorang wanita yang sudah berumur terlibat dalam aktiviti pelacuran sedangkan pada usia sebegitu, dia sepatutnya insaf," katanya


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: