Khamis, 28 November 2013

Jom bantah kenaikan gaji MB dan ADUN Selangor

Apakah reaksi anda mengenai isu kenaikan gaji ADUN dan MB Selangor?
-- 


Apa jua alas an, kenaikan gaji MB dan ADUN Selangor penburukonlline bantah seratus peratus.

Kalau diteruskan sama saja dengan UMNO..! Buat apa nak tiru ..? Nak senang perut ..?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji yang
diumumkan pada Rabu.


{baca lagi klik butang papar ... }






Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai
perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," katanya yang juga
Ahli Parlimen Gombak pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker
DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor,
speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29
kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan ADUN (RM6,000 kepada RM11,250).

Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75
peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.
Isu kenaikan gaji ADUN Selangor ini turut mendapat perhatian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan ia terlalu
tinggi.

Kenaikan gaji ADUN Selangor juga turut dibantah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan ia boleh tersenarai
dalam rekod dunia. ~astroawani

Jom bantah apa pula kata anda ..?

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: