Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar
dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka
yang menghadiri seminar berkenaan.
“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam
kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.
Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan
kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).
“Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.
“Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu
dihantar seorang pelajar melalui ‘Whatsapp’.
“Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti,” katanya.
Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan
maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.
“Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi,” katanya yang
membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.
sumber sini
2 respon:
bukan 'bocor', mungkin cikgu ni salah seorang yg sediakan soalan & soalan tu dpilih lembaga periksa. Dah tentulah dia akan bagi soalan yg sama pd student dia. Sekian!
mana ada bocor?...itu kebetulan saja la
Catat Ulasan