Jumaat, 1 November 2013

Hassan JATI menang saman tapi ..

Dilaporkan Hassan Ali menang saman ke atas Khalid Samad atas isu parasit..

Tapi bagi penburukonline, biar dia menang saman tapi dia tetap kalah kerana popularitinya sudah tiada bagi pakatan rakyat, malah ramai yang menyampah dengan dia . Korang menyampah ..? Share ramai-ramai ..



{baca lagi klik butang papar ... }




Baca laporannya :

SHAH ALAM 31 Okt. - Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu "pemimpin parasit" yang ditimbulkan oleh Hasan.

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

"Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat," tambah Hakim Yaacob.

Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: