Sabtu, 9 November 2013

Fakta! Sejarah Skim Pak Man Telo Terbesar Di Malaysia (Menarik!)

Mungkin ada segenlintir daripada kita tidak mengetahui tentang sejarah Skim Pak Man Telo
yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu. Skim pelaburan ini dianggap skim yang sangat bahaya kerana melibatkan jutaan ringgit
wang
pelabur yang terdiri daripada rakyat
Malaysia
sendiri. Bagaimanapun skim Pak Man Telo ini terkubur begitu sahaja apabila dirinya telah ditahan dan dipenjarakan oleh pihak kerajaan. Skim ini juga boleh
dikatakan sebagai skim cepat
kaya.


{baca lagi klik butang papar ... }





Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yang paling popular di Malaysia pada era 1980-an. Skim cepat kaya
– biasanya beroperasi secara haram – menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan dividen yang besar kepada mereka
dalam tempoh yang singkat. Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an.
Skim cepat kaya tersebut juga dikenali dengan nama Skim Pak Man Telo.
Pak Man Telo berasal dari Taiping, Perak. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Warta Negara pada 1960-an dan kemudian menjadi wartawan sambilan
di Bernama pada 1970-an sebelum menceburi ‘bidang’ skim cepat kaya. Sejak beroperasi pada hujung 1970-an, Skim Pak Man Telo semakin meningkat popular dan
mendapat kepercayaan daripada orang ramai kerana ia dikatakan berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap pelaburnya dalam tempoh
bertahun-tahun lamanya.

pak-man-telo1992b

Namun kelancaran operasi Skim Pak Man Telo mula goyah pada penghujung dekad 1980-an. Pada 1 Oktober 1989, beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM)
telah menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi menyiasat kegiatan skim cepat kaya yang dikendalikannya. BNM menyerbu rumah Pak Man Telo buat kali kedua
pada 23 November 1989 dan merampas wang tunai hasil deposit orang ramai sebanyak RM1.7 juta. Dengan bukti yang ada, Pak Man Telo berserta isterinya (Maimunah
Taib) dan anak lelaki mereka (Abdul Rahman Osman) bakal menghadapi masalah.

Berikut ialah rentetan detik-detik terakhir Skim Pak Man Telo:

list of 1 items
• 11 Januari 1990 – Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank & Industri Kewangan 1989 kerana mengambil deposit berjumlah RM20
juta daripada orang ramai tanpa memiliki lesen. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo pula dituduh bersubahat. Mereka bertiga tidak mengaku bersalah. Pak
Man Telo dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan pasportnya dirampas, manakala isterinya dan anak lelaki mereka dibebaskan dengan ikat jamin setiap seorang
RM200 ribu dengan seorang penjamin. Kes mereka bakal dibicarakan.
list end
list of 1 items
• 13 Mac 1990 – Pak Man Telo, isterinya dan anak lelaki mereka dibicarakan di mahkamah. Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengambil deposit tanpa
memiliki lesen. Hukuman ke atas Pak Man Telo akan dijatuhkan keesokan harinya. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo dibebaskan. Hakim memerintahkan supaya
wang tunai RM1.7 juta yang dirampas dari rumah Pak Man Telo dipulangkan kepadanya kerana tiada peruntukan yang membolehkan BNM berbuat demikian.
list end
list of 1 items
• 14 Mac 1990 – Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda RM250 ribu atau setahun penjara. Beliau membayar denda itu dengan wang tunai. Walaupun Pak Man Telo
bersalah, tetapi para penyokongnya yang berada di mahkamah menyambut ‘kebersalahan’ Pak Man Telo dengan penuh kegembiraan (lihat gambar di atas) dan berkali-kali
melaungkan “Hidup Pak Man”! Para pemerhati menjangka yang Skim Pak Man Telo akan hancur selepas itu tetapi sebaliknya skim cepat kaya itu telah mendapat
pendedahan yang semakin meluas dan menjadi sangat popular.
list end
list of 1 items
• April hingga Ogos 1990 – Skim Pak Man Telo beroperasi seperti biasa, deposit tetap diterima daripada orang ramai yang jumlahnya semakin meningkat. Pulangan
dividen berjumlah 10 peratus daripada nilai pelaburan telah dibayar tanpa gagal, malah kadar dividen itu kemudiannya telah dinaikkan kepada 12 peratus!
Mungkin ramai orang yang berjaya menjadi kaya dengan cepat dalam tempoh ‘gemilang’ itu.
list end
list of 1 items
• September 1990 – Para pelabur Skim Pak Man Telo mula mengesan yang pulangan dividen mereka sudah tidak dimasukkan ke dalam akaun bank seperti bulan-bulan
sebelumnya. Ada sesetengah pelabur pula hanya menerima separuh daripada pulangan dividen yang sepatutnya. Manakala pelabur-pelabur yang menerima pulangan
dividen melalui cek pula mendapati ia adalah ‘cek tendang’.
list end
list of 1 items
• 19 September 1990 – Para pelabur menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi meminta penjelasan mengenai status pelaburan mereka.
list end
list of 1 items
• 20 September 1990 – Pak Man Telo mengumumkan penurunan kadar dividen daripada 12 peratus kepada cuma 5 peratus. Beliau memberi alasan bahawa ia berpunca
daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat Perang Teluk (yang meletus pada 2 Ogos 1990). Selain itu beliau menyalahkan kejadian penyelewengan di kalangan
“ajen-ajen”.
list end
list of 1 items
• 15 Januari 1991 – Keadaan semakin teruk, Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen yang dijanjikan. Para pelabur berkerumun di rumahnya bagi menuntut
kembali wang pelaburan masing-masing. Kekecohan terjadi dan kereta Pak Man Telo turut dirosakkan.
list end
list of 1 items
• 28 Februari hingga 5 Mac 1991 – Enam orang lelaki telah menculik anak lelaki Pak Man Telo, Abdul Razak Affendi (19 tahun), dan mengurungnya di Hotel Tropicana,
Kuala Lumpur, namun mereka semua berjaya diberkas oleh pihak polis.
list end
list of 1 items
• 15 Mac 1991 – Para penculik anak Pak Man Telo telah dihadapkan ke mahkamah.
list end
list of 1 items
• 6 April 1991 – Seorang pelabur Skim Pak Man Telo akhirnya membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang berlaku. Pak Man Telo kemudian telah ditahan
selama beberapa minggu oleh pihak polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selepas itu Pak Man Telo telah dibuang daerah di Kuala Terengganu, Terengganu.
list end
list of 1 items
• 17 Julai 1991 – Hasil siasatan lanjut, Bank Negara Malaysia telah mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta
daripada orang ramai (dianggarkan 50 ribu orang) tanpa memiliki lesen. Pak Man Telo tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan ikat
jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992.
list end
list of 1 items
• 2 Mac 1992 – Setelah perbicaraan selesai, Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65 tahun telah didapati bersalah buat kali kedua, dan mahkamah menjatuhkan
hukuman ‘penjara setahun’ dan ‘denda RM500 ribu atau penjara setahun’. Pak Man Telo akhirnya merengkok dalam penjara selama setahun bermula pada tarikh
beliau ditahan (17 Julai 1991). Bagi hukuman kedua, Pak Man Telo gagal membayar denda RM500 ribu dan beliau dipenjarakan lagi selama setahun bermula pada
2 Mac 1992.
list end

Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai “salah satu skandal kewangan yang terbesar” di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia
Finance (BMF) dan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia. Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam
bidang ekonomi atau pun berkemahiran dalam sistem kewangan, tetapi dengan hanya bersandarkan kepercayaan daripada orang ramai, beliau mampu ‘berskandal’
(walaupun akhirnya tumpas) melibatkan jumlah wang yang sangat melampau.

:: sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: