Jumaat, 1 November 2013

Bekas pegawai kanan polis saman AG RM128.5 juta

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff hari ini menamakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 yang
lain dalam saman berjumlah RM128.5 juta.

Saman dikemukakan kerana mendakwa dirinya sebelum ini disabitkan dengan pendakwaan yang berniat jahat.

Enam tahun lalu, Ramli diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.



{baca lagi klik butang papar ... }





Ramli, 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa
Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan
kerajaan.

Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.

Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei
lalu.


penburukonline:

Aku rasa tak lekat kes, pendapat korang?



# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

fuyoo makan tak habis der

Tanpa Nama berkata...

RM128.5 juta..?
kalu dpt 28 juta pun dah cukup ok.. xgitu...?
peguam ambik la 8 juta...
baki ada 20 juta... ya-be-da-beduu !!!