KINI lima bulan selepas PRU13, negara kita telah dikunjungi oleh pemimpin dari negara China dan Kanada dan banyak perjanjian perdagangan telah ditandatangani antara Malaysia dengan kedua-dua buah negara tersebut.
Justeru, ini adalah tanda bahawa Malaysia boleh berkembang maju tetapi apa yang paling penting ialah negara kita mesti sentiasa mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat supaya golongan yang miskin tidak akan ketinggalan dalam menikmati kekayaan yang melimpah-ruah di negara kita.
BACA LAGI ...
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa setahun dua bulan lagi (iaitu pada Januari 2015) haruslah dimulakan pada kadar 3% dan beransur-ansur naik dan bukannya terus pada kadar 7%.
Semua negara yang melaksanakan cukai ini pun mula pada kadar yang rendah. Sebuah negara jiran memulakan kadar percukaian tersebut pada kadar 3 peratus.
Semua jenis barang makanan mentah yang dijual di pasar pagi dan yang dijual dalam tin, selain diesel, minyak dan gas dan tambang pengangkutan untuk komuter, bas dan LRT serta barangan runcit dan ubat-ubatan tidak patut dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Jangan selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU13 yang lalu, kerajaan BN pula bertindak mengucapkan terima kasih kepada rakyat dengan menjerut leher rakyat yang miskin pula. Sekarang warga marhaen bandar sudah pun cukup susah dengan beban tinggi kos sara hidup yang mencanak naik.
leher-rakyat.html?m=1 sumber
0 respon:
Catat Ulasan