Rabu, 23 Oktober 2013

KRITIK: Husam kena 'sembur' dengan pimpinan tertinggi PAS?

SHAH ALAM: Satu perjumpaan khas di Kota Bharu dijangka diadakan oleh pimpinan kanan PAS hari ini bagi meminta penjelasan Datuk Husam Musa berhubung kritikan terbukanya terhadap kerajaan PAS Kelantan, baru-baru ini.

Perjumpaan khas itu membabitkan pemimpin Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, masing masing diketuai Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan, serangan secara terbuka Naib Presiden PAS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu terhadap kerajaan negeri adalah kecaman pertama oleh pemimpinnya sendiri selama parti terbabit memerintah Kelantan sejak 23 tahun lalu.

Husam membuat kritikan itu ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 dan 9 Oktober lalu.

Naib Presiden PAS itu menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1 400 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira Kira Wang (PAC) negeri.

Walaupun tidak menolak teguran, pucuk pimpinan dipercayai berpendapat ada saluran lain yang lebih relevan boleh digunakan Husam untuk menegur pentadbiran kerajaan negeri.

baca lagi ..



Sumber berkata, tindakan bekas EXCO kanan kerajaan negeri itu membuat kritikan secara terbuka, kurang disenangi pucuk pimpinan, terutama dalam keadaan beliau sepatutnya memahami prosedur membuat teguran kerana pernah mejadi EXCO selama dua penggal.

"Nada suaranya (Husam) seolah olah beliau menjadi ketua pembangkang. Parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah secara berhemah,"katanya.

Difahamkan, mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Oktober lalu yang turut dihadiri Husam, ada membangkitkan isu kandungan perbahasan ADUN Salor itu yang menyentuh kredibiliti kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sumber berkata, ia tidak dibincangkan secara terperinci berikutan tiada wakil kerajaan PAS Kelantan termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Untuk berlaku adil kepada semua pihak, perjumpaan khas akan diadakan di Kota Bharu bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya."


LAPORAN SUSULAN: Tiada Tindakan Kerana Teguran Husam Perkara Biasa - Hadi Awang


KOTA BAHARU: PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa yang mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan PAS Kelantan baru-baru ini.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana PAS melihat kritikan Husam itu hanya satu teguran biasa yang turut dibuat oleh orang lain.

Kritikan itu juga tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu Husam yang mengkritik kerajaan Kelantan berhubung beberapa isu dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS Pusat juga tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan diambil terhadap Husam.

Dalam persidangan DUN Kelantan pada 8 Oktober lepas, Husam yang juga Naib Presiden parti dan bekas exco kanan kerajaan Kelantan, membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan, antaranya isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.

"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung antara Husam dan kerajaan negeri," katanya.

Husam yang turut hadir pula memberitahu pemberita beliau berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan. -BERNAMA


sumber

## KALAU KORANG MACAI NAK TEPUK TANGAN NAK TENGOK HUSAM KENA SEMBUR .. LAIN KALI AJELAH. HUSAM TAK SAMA DENGAN SAIFUDIN. ABDULLAH YANG DALAM UMNO SEMOGA PERPADUAN DALAM PAS TERUS UTUH..




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: