"Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad melaporkan wujudnya desas-desus bahawa Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.
Abdul Khalid turut dikritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.
Mengulas kritikan itu, Abdul Khalid berkata sebagai pemimpin, beliau harus berhati-hati dan berdisiplin dalam menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan pentadbiran di Selangor berjalan lancar.
"Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemah ke dalam operasi negeri.
"Apapun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya.
Menyentuh tindakan beberapa pihak dalam PKR yang dikatakan membuka akaun khas di laman sosial bagi mengkritik kepimpinan dan 'membunuh' karakter beliau, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dihalang kerana dalam kemajuan teknologi masa kini, masyarakat bebas mengutarakan pendapat masing-masing.
"Tidak mengapalah... baik dan buruknya perkara ini ialah kita sekarang lebih terbuka memandangkan kita ada Facebook dan Twitter, dan perkara ini sama di negara lain juga. Kita tidak boleh halang tetapi akhirnya nanti masyarakat yang akan putuskan mana baik dan buruk," katanya. - BERNAMA
CERITA SEBENAR: UTUSAN YANG MAHUKAN KHALID DIGANTI AZMIN ALI SUPAYA TIMBUL PERBALAHAN
Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.
Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) tidak lama lagi.
“Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?
“Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid.
“Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.
Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar.
“Menurut mereka Anwar telah berjanji untuk melantik Azmin menggantikan Khalid. Sebagai Timbalan Presiden, sepatutnya beliau sudah lama diberi jawatan lebih utama.
“Awang menetap di kawasan pentadbiran Selangor. Tidak kisahlah siapa menjadi Menteri Besar sama ada Khalid mahupun Azmin asalkan perlembagaan negeri membenarkan,” katanya.
Awal bulan ini, Anwar mengkritik Abdul Khalid dan meminta Menteri Besar Selangor itu tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.
Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.
Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi membanggakan berbanding Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Abdul Khalid.
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan