Ahad, 27 Oktober 2013

Bola: Alangkah ruginya Kedah tidak mengambil pemain tua ini ..

Sah final Piala Malaysia akan menemukan dua pasukan dari pantai timur Kelantan dan Pahang.

Itu cerita kehangatan bola sepak Malaysia. Hari ini aku nak bercerita mengenai betapa ruginya Kedah (KFA) kerana tidak mengambil bekas pemain importnya suatu ketika dahulu Marlon Alex James.

Antara alasan yang diberikan pada awal saingan liga terdahuu;

Impian peminat pasukan bola sepak Kedah untuk melihat kelibat dua pemain import yang pernah menyarung jersi hijau kuning, Marlon Alex James dan Nelson San Martin tidak kesampaian apabila mereka disahkan tidak akan menyertai pasukan itu tahun depan.

Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, kedua-duanya tidak dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan faktor umur dan kecederaan yang dialami berkemungkinan menyebabkan mereka tidak boleh bermain sepenuhnya pada semua perlawanan.


“Umur mereka dah lebih 30 tahun, dengan kecederaan yang dialami sehingga mengambil masa satu hingga dua bulan untuk pulih nyata merugikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, jika pihak pengurusan mengambil dua pemain itu ia hanya akan membazirkan duit rakyat dan peminat kerana mungkin mereka tidak boleh beraksi bersama pasukan Kenari dalam semua perlawanan musim depan.
“Saya harap peminat lupakan Marlon dan Nelson kerana saya mahu pemain import yang akan bermain untuk kesemua 56 perlawanan tahun depan melibatkan piala AFC, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya. — Bernama


Hahahaha sekarang siapa yang kantoi .. yang dikatakan tua itu telah membawa pasukan ATM mara ke separuh akhir Piala Malaysia. Kedah pula di mana?

Yang dikatakan tua itu juga telah meletakkan ATM sebaris dengan pasukan ternama .. Kedah di mana?

ATM telah membazirkan duit mereka dengan mengambil pemain tua ini..

Lain la Kedah .. ambil pemain muda, segak dan bertenaga .. hehehehe janan marah na ...!

Apa komen anda ... ?



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: