“RM1 bilion itu cukup besar dan menimbulkan persoalan dari mana Bekir mendapat aset sebanyak itu,” kata Micheal kepada Suara Keadilan.
Semalam, Shahnaz dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa perkara itu diketahuinya melalui akauntan lantikannya.
Selain itu beliau juga mendakwa Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit.
“Jika benar dakwaan itu, kita kesal kerana dalam keadaan majoriti rakyat miskin, anak Taib dengan mudahnya membolot harta rakyat.
“Kita juga ingin bertanya adakah Bekir memiliki aset itu kerana ayahnya merupakan pembesar paling berkuasa dan antara terkaya di Sarawak,” soalnya lagi.
Sebelum ini, Shahnaz turut mendakwa Bekir mendapat gaji RM2 juta setahun atau lebih sejak tahun 2000, menggunakan kad caj RM782,520 enam bulan pertama 2012 dan memiliki RM8 juta dalam CIMB sebagaimana diberitahu di mahkamah sama pada 24 Oktober 2102.
Pada 2 Oktober tahun lalu, Shahnaz menyatakan kira-kira RM700 juta dalam akaun di Amerika Syarikat, Caribbean, Switzerland dan Hong Kong atas nama Bekir.
Bekir mengahwini Shahnaz pada 9 Januari 1992, mempunyai seorang anak lelaki dan bercerai sah pada 11 Mac 2011.
Shahnaz menuntut aset bernilai RM300 juta yang didakwanya harta sepencarian pasangan itu selama 19 tahun serta permohonan RM100 juta tuntutan mutaah.
sumber
0 respon:
Catat Ulasan