Khamis, 26 September 2013

Hangatnya Wan Nor Azlin ..

"Ayah saya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadap saya kerana enggan keluar dari rumah tersebut. Padahal belum pun setahun dia tinggal di situ, saya sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM64,000 untuk memperbaiki kerosakan dan menambah baik peralatan di rumah tersebut "

NAMA dramatis terkenal Wan Nor Azlin, bagaikan tidak terlepas dari kisah kontroversi. Selepas tenggelam seketika dari industri hiburan, pelakon berusia 45 tahun ini sekali lagi kembali menjadi perhatian setelah memfailkan saman dan meminta mahkamah agar ayah kandungnya, Wan Mohd Husain, 76, dipenjarakan.

Permintaan tersebut tentu sekali mengejutkan dan banyak pihak mula menyalahkan Azlin serta menuduhnya sebagai anak derhaka. Tidak mahu terus berdiam diri, Azlin akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar di lobi Mahkamah Syariah Shah Alam, semalam.


"Ayah saya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadap saya kerana enggan keluar dari rumah tersebut. Padahal belum pun setahun dia tinggal di situ, saya sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM64,000 untuk memperbaiki kerosakan dan menambah baik peralatan di rumah tersebut "Malah, dia juga ada ajak saya tinggal bersama lima tahun lalu selepas kematian ibu, sementelah lagi saya pula berhadapan masalah rumah tangga.

"Namun, tanpa sebarang alasan kukuh ayah menyuruh saya keluar dari rumah sehingga sanggup memotong bekalan air dan elektrik. Bayangkan selama lapan bulan hidup saya ibarat dalam buangan akibat perbuatan bapa sendiri," katanya yang ditemui selepas kes itu dibatalkan mahkamah.

Jelasnya lagi, sikap ayahnya itu mula berubah selepas berkahwin baru sehingga adik nberadiknya yang lain turut terkejut dengan perubahan itu.

"Saya terkilan dan sedih dengan perbuatan ayah dan mohon dia jangan menganiaya saya kerana saya darah dagingnya sendiri. "Lagipun rumah tersebut sudah dijual dan saya cuma mahu hak saya kembali. Saya berharap ayah dapat pulangkan balik wang saya kerana mahu mulakan hidup baru bersama anak-anak," katanya.

Tegas Azlin, dia banyak berdiam diri walaupun masyarakat memandang serong terhadap perbuatannya menyaman bapa sendiri.

"Orang luar tidak tahu bahawasanya ayah saya yang memulakannya namun, mereka terus menuding jari bahawa sayalah punca segala-galanya," ujarnya.

Nafi pukul bapa

Ditebak mengenai tindakannya yang mengasari bapa akibat pergaduhan itu sehingga disaksikan jiran, Azlin menegaskan dia tidak tergamak untuk berbuat sedemikian.

"Kami hanya bertikam lidah tetapi tidaklah sampai pukul memukul. Apatah lagi ayah saya sudah uzur, takkan saya sanggup memukul bapa sendiri sematamata mahu menuntut wang.

"Apa pun yang berlaku dia tetap ayah saya dan tidak tergamak untuk saya mengasarinya," jelasnya. Azlin berkata, dia berharap masyarakat dapat memberi ruang kepada mereka berdua dan tidak membuat sebarang penilaian berdasarkan khabar angin atau laporan pihak luar.

"Pada mulanya saya mahu mendiamkan diri namun ayah mengumumkan perkara ini kepada media. "Hari ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mencederakan ayah atau mahu dia dipenjarakan seperti yang diuar-uarkan masyarakat!

"Malah, saya tidak akan berdendam dengannya sekalipun hati ini terguris dengan perbuatannya," katanya.

Periuk nasi terjejas

Azlin mengakui sejak perseteruan dengan ayahnya diperkatakan, periuk nasinya mula terjejas apabila tawaran lakonan semakin kurang dan ada kalanya tiada langsung.

"Saya akui perkara ini menyebabkan periuk nasi saya terjejas. Buat masa ini saya hanya bergantung kepada tawaran berlakon.

"Apatah lagi saya baru sahaja bercerai Mac lalu dan kini bergelar ibu tunggal," jelasnya. Ujar ibu kepada tiga anak ini, dia kini membesarkan anak-anaknya sendirian dan mahu memulakan hidup baru dengan wang yang dituntut daripada ayahnya itu.-SH

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Beli je la umah kos rendah PPR kt Dato keramat tu ... ngn bapak sendiri pun nk gaduh.