Rabu, 25 September 2013

Ada tak ADUN PAS yang akan 'mencium' tangan Mukhriz?

"Antara caranya yang dicadangkan salah satunya mengenai tawaran kerusi exco," kata calon naib presiden Umno itu pada sidang media petang tadi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan
perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.

baca lanjut ..



"Antara caranya yang dicadangkan salah satunya mengenai tawaran kerusi exco," kata calon naib presiden Umno itu pada sidang media petang tadi.

Bagaimanapun tegasnya, beliau merasakan ada jalan lain yang boleh dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan di antara PAS dan Umno di negeri itu dan membuat
keputusan untuk tidak memanjangkan fikirannya itu kepada exco negeri yang lain.

"Tetapi setelah kita fikirkan ada cara-cara lain kita boleh terokai dulu, kita tengok apa kesannya dan buat masa ini sedikit payah untuk lakukan apa yang
dicadangkan sebelum ini" katanya lagi.

Menurut Mukhriz, tindakannya tidak meneruskan hasrat menawarkan satu kerusi exco kepada PAS ternyata betul apabila melihat sikap parti itu yang tidak
berapa ambil peduli akan isu pengharaman Syiah di Kedah.

"Saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah yang melibatkan Syiah baru-baru ini nampaknya mereka tidak sokong apa yang hendak kita lakukan.

"Maksudnya pendekatan yang kita ambil itu yang tepatlah, kita buat sendiri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Dialog Bersama Pemimpin: Impak Krisis Timur Tengah kepada Malaysia di Shah alam petang tadi.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: