Jumaat, 2 Ogos 2013

Saya tak akan letak jawatan!

Rajagobal: 'Saya tak akan letak jawatan'


"SAYA akan tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai jurulatih, jadi jangan ganggu fokus saya," demikian reaksi jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengenai desakan peminat yang memintanya melepaskan jawatan.

Menurut Rajagobal, beliau tidak akan melayan desakan mengarut peminat kerana bagi beliau fokusnya kini hanyalah kepada persiapan Malaysia dalam Kelayakan Piala Asia selain persiapan berdepan Barcelona 10 Ogos ini.

"Saya tidak akan letak jawatan, kontrak saya hanya akan tamat pada 31 Disember depan.Selepas itu terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk buat keputusan dan saya juga akan buat keputusan.

"Lagipun saya rasa mereka (pengkiritk) tiada asas untuk mendesak dan memberi komen mengenai prestasi Harimau Malaya. Mereka bukannya ada di Jepun dan melihat bagaimana kami beraksi, mereka hanya memberikan komen berdasarkan keputusan perlawanan, itu tidak adil.

"Jadi, jangan memberi kritikan yang bukan berdasarkan fakta, kerana ia tidak akan membantu apa-apa. Saya harap mereka tidak akan menggangu saya dan persiapan pasukan kerana kami mempunyai misi besar untuk dilaksanakan iaitu layak ke Piala Asia (2015) selain persiapan berdepan Barcelona (10 Ogos)," katanya.

baca lanjut ..



Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan demi desakan supaya beliau segera mengundur diri berikutan prestasi buruk berterusan skuad negara.

Terbaru, Harimau Malaya diaibkan di bumi Jepun apabila mengalami tiga kekalahan ketika menentang kelab dari negara Matahari Terbit itu.

Selepas tewas 0-5 kepada Shonan Bellmare, Harimau Malaya tumbang 0-2 ketika menentang Shimizu S Pulse sebelum dimalukan kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Tokyo Verdy dengan kekalahan 0-5 kelmarin.

Selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan, satu pencapaian yang cukup memalukan.

Mengulas lanjut mengenai kekalahan itu, Rajagobal berkata, beraksi dalam bulan Ramadan merupakan punca skuad Harimau Malaya tewas dalam tiga perlawanan persahabatan tersebut.

"Kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.

“Kita perlu sedar pada perlawanan kedua, kita main jam 11 pagi dan perlawanan ketiga, 3 petang. Kita main tiga babak dan keletihan itu datang pada babak kedua dan ketiga.

“Apapun, saya tetap hormat pemain sebab mereka berusaha memberikan yang terbaik ketika berpuasa dan saya tetap rasa ini persiapan yang bagus untuk perlawanan menentang Barcelona,” jelas beliau.

Selepas ini skuad negara akan menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas menentang The Catalan, anak-anak buah Rajagobal bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.


ISU RAJAGOPAL: ANDA SETUJU KETUA JURULATIH BOLA SEPAK KEBANGSAAN DITUKAR SERTA MERTA?
'refresh' 



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: