Rabu, 14 Ogos 2013

Nafsu liar dua guru besar dibongkar

Nanchang: Dua guru besar dan seorang penolong guru besar dipecat daripada jawatan mereka ekoran pendedahan skandal pencabulan kanak-kanak membabitkan seorang guru sementara dan tujuh muridnya di Jiangxi, timur China, kata pegawai kerajaan semalam.

Jurucakap kerajaan tempatan Ruichang berkata, guru besar terbabit dan penolongnya bertugas di sebuah sekolah rendah di Jiuyuan.

Katanya, turut dipecat, seorang guru besar sekolah rendah daerah Shangyuan. Sekolah rendah Shangyuan terletak di bawah pengurusan sekolah rendah Jiuyuan. Ketiga-tiganya hanya dikenali sebagai Wan, Xiao dan Wen.

BACA LANJUT ..



Sumber itu berkata, antara September 2012 dan Mei lalu, Tao Biaogong, 62, dikatakan mencabul beberapa kali tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara lapan dan sembilan tahun dalam bilik darjah atau bilik rehat Tao.

“Enam daripada murid terbabit dijangkiti penyakit kelamin dan kini dirawat di hospital,” katanya.

Tao ialah guru yang mempunyai lesen mengajar tetapi dipecat ekoran melanggar polisi perancangan keluarga. Tahun lalu, dia mula mengajar sementara di sekolah berkenaan.

Tao sudah ditahan polis dan kini masih disiasat.

Beberapa siri kes pencabulan di sekolah, kebanyakan di sekolah rendah dan menengah terbongkar di seluruh negara tahun ini, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar dan mendorong pengurusan lebih tegas terhadap kakitangan pendidikan. - Agensi



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: