Isnin, 19 Ogos 2013

Hehehe.. pasangan kekasih ini bincang soalan SPM dalam semak .. soalan dalam kain ke?

Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki

Hehehe macam - macam alasan. Bincang soalan SPM sampai dalam semak? Agaknya soalan SPM tu Tanya apa ada dalam kain kot hehehehhe

Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

baca lanjut ..


“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: