Khamis, 1 Ogos 2013

Apasai Zunar sokong video anjing?

Kartunis terkenal Zunar hari ini mengutuk penahanan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas memuat naik video hari raya yang menampilkan anjing.

Menurutnya, menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dengan video itu bukan satu jenayah, sebaliknya sekadar provokasi sosial.

"Penahanan ini mengklasifikasikan Maznah sebagai seorang penjenayah, sekali gus menafikan hak asasi dan hak bersuara beliau," kata pelukis kartun satira politik itu.

baca lanjut ..




Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Dalam kenyataannya hari ini, Zunar (atas) berkata, dalam sesebuah karya satira kreatif, menyinggung pihak-pihak tertentu dalam menyampaikan mesej tidak dapat dielak dengan syarat pengkarya bersedia menerima kritikan balas.

"Sehubungan itu, sesiapa saja bebas mengkritik Maznah, dan saya percaya beliau bersedia menerima kritik balas dan dia telah pun memberi penjelasannya.

"Ini selari dengan sebuah budaya perdebatan positif yang berlandas hujah dan akal sihat," katanya.

Mengambil contoh daripada sirah Rasulullah, Zunar mengingatkan, Nabi Mohamad sendiri sentiasa berhadapan provokasi dan mengambil tindakan bijaksana menghadapinya tanpa perlu menggunakan kekerasan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

La perangai pun macam Anjing menyalak x tentu pasal?

Tanpa Nama berkata...

Salah tetap salah...anjing tu haram dalam islam melainkan beberapa perkara yg diharuskan dlm islam...itu kena cari google sendiri...yg pentingnya bukan bela dan main2 pegang macam tu...org camni baik xyah jadi org islam...dah ler selalu pegang anjing...aurat sendiri pon xpandai jaga...banyak lagi benda lain yg boleh buat..kenapa memilih anjing?