Tak bebankan penguna..?? Ni pendapat apa ni..?? nak tenangkan rakyat.. atau nak perdayakan rakyat atau nak naikkan KEMARAHAN rakyat..???? TNB untung sebanyak
RM 1.27 Billion...adakah pengswastaan bertujuan meriah keuntungan sebanyak mungkin..?? kalau mcm tu baik tak payah..kebajikan rakyat yg mesti diutamakan..!!!
jahanam UMNO ..!!!
Lazimnya...naik harga elektrik dan minyak naiklah harga barangan pengguna...siapakah yang menanggungnya? Bukan TNB atau Petronas tetapi rakyat Malaysia...inilah
faedahnya penswastaan yang di war-warkan menguntungkan rakyat suatu masa dahulu...
penyokong BN pasti merasa gumbira dengan berita terbaru ni...yg merana adalah penyokong PR saja...
baca lanjut ..
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.
"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.
"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.
"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.
"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.
Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.
"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.
Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.
0 respon:
Catat Ulasan