Khamis, 11 Julai 2013

Tu diaaa ... Rakyat kena tunggu 100 tahun untuk beli rumah PR1MA

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong hari ini membidas kelewatan Putrajaya menyiapkan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan mendakwa rakyat terpaksa menunggu 100 tahun lagi untuk membeli menerusi skim itu.

Liew dari DAP juga berkata jawapan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat yang menyatakan sebanyak 560 unit masih dalam pembinaan di Putrajaya dan 201 lagi di Nusajaya, Johor, tidak disenangi.

"PR1MA mensasarkan untuk membina 80,000 rumah mampu milik tetapi jawapan terhadap soalan saya, tidak memuaskan hati.

"Jika dalam keadaan kelembapan ini, ia akan memakan masa 105 tahun untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

baca lagi ..




Liew turut menyifatkan program Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenal kerajaan pada 2011 gagal membantu rakyat membeli rumah kerana harga yang melonjak.

"Hanya 458 pinjaman diluluskan sejak ia dilancarkan pada 2011. Ini menunjukkan rakyat tidak mampu membeli hartanah yang naik mendadak khususnya di bandar.

"Pinjaman SRP sebanyak RM440,000 selama 30 tahun dengan 4.4 peratus faedah, pula dilihat tidak munasabah kerana 80 peratus isi rumah berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan.

"Jika peminjam bergaji RM3,000 sebulan, jumlah itu ialah 67 peratus daripada pendapatan kasar bulanannya dan 77 peratus bayaran rumah (tolak sumbangan KWSP).

"Tiada bank sanggup meluluskan pinjaman sedemikian," katanya dan menyatakan ia antara punca hanya 458 daripada 1,410 pemohon diluluskan antara 2011 hingga Mei 2013.

Isu harga rumah yang melonjak tinggi antara topik utama rakyat Malaysia terutama penduduk bandar.

Mengikut firma perkhidmatan hartanah, C H Williams Talhar dan Wong Sdn Bhd, harga hartanah kediaman di negara ini dijangka terus meningkat 10 hingga 15 peratus tahun ini.

Ia ekoran faktor pembinaan projek prasarana utama seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan laluan Komuter yang berhampiran dengan tapak perumahan.

Pada kempen pilihan raya lalu, BN berjanji membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

Ia dinyatakan dalam Manifesto BN bertema 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang menjanjikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran. 11 Julai, 2013.
PBO: ingat BN .. ingat barang naik, ingat BN ingat untung kroni....




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: