Ahad, 28 Julai 2013

Syiah: Hasan Ali kata ada pemimpin PAS tak solat Jumaat!

Cerita dari Utusan Malaysia yang mengambil cakap-cakap dari Presiden Jati, Hasan Ali tentang ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS amal fahaman syiah.

Kita juga tak boleh nafikan kerana cakap-cakap begini kerana sering kedengaran di kalangan ahli PAS, sejauh mana kebenarannya, pihak berkaitan dalam PAS perlu membuat siasatan terperinci.

Namun dakwaan Hasan nampak berat !

baca lanjut ..



Hasan Ali berkata selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Ada pemimpin PAS tak solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura), dengan tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin PAS tersebut ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Hasan Ali berkata pemimpin tertinggi Pas tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin tersebut yang selama ini secara terang-terang menyalahi undang-undang tubuh Pas iaitu melarang mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam Utusan Malaysia mendakwa, dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia terutama di utara tanah air.

Rujuk
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130728/po_01/Fahaman-Syiah-wujud-dalam-kalangan-ahli-Pas---Hasan-Ali

untuk petikan dari Utusan

PBO: cerita syiah ni makin panas sekarang. Hasan Ali harus tampil dengan nama pemimpin yang terlibat. Ini untuk kebaikan semua... Nak takut apa kalau Hasan berada di tempat yang benar. Dedah saja betul tak?


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: