Khamis, 18 Julai 2013

Pukul isteri apabila tembelang "curang" sudah pecah ..

Klang: Berang dengan tindakan isteri membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya, seorang lelaki sanggup membelasah isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Telok Gadong, di sini, Khamis lalu.

Wanita itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahu, lengan dan belakang badan akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba ‘naik angin’ selepas dipersoal mengenai pengirim SMS yang juga seorang wanita jam 2.15 petang.

Menurut sumber, pada mulanya mangsa yang berusia 19 tahun hanya memeriksa telefon bimbit lelaki yang dikahwininya sejak beberapa bulan lalu itu secara suka-suka ketika suaminya sedang mandi.

baca lagi ..



“Sewaktu membelek telefon bimbit suaminya itu dan secara kebetulan satu SMS dihantar ke telefon bimbit suaminya itu. Tanpa curiga, dia terus membaca kandungan SMS itu dan terkejut apabila mendapati SMS itu mengandungi kata-kata cinta kepada suaminya.

“Mangsa kemudian terus membaca semua SMS diterima dari nombor itu sebelum bertanyakan suaminya mengenai perkara itu untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Sumber berkata, selepas mendapati isterinya memeriksa telefon bimbit miliknya tanpa pengetahuannya, suaminya terus berang dan menengking wanita terbabit sehingga berlaku pertikaman lidah.

Katanya, mangsa tetap mendesak agar suaminya mengaku menjalin hubungan sulit dengan pengirim SMS berkenaan.

“Hilang sabar dengan desakan itu, mangsa dipukul di badan dan tangan sehingga lebam,” katanya.

“Selepas melihat mangsa menangis teresak-esak, suaminya terus keluar dari rumah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian datang ke Balai Polis Klang, membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: