Selasa, 16 Julai 2013

Panas!! SPR akui ada kertas undi pos tidak dikira

Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR


KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

baca lagi ..



"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.

"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/16/mstar_berita/20130715174016&sec=mstar_berita




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dh maleh nak dgr hujah2 bangang SPR yg tak berkesudahan.Smpi mampos pun depa taknak ngaku.Tunggu masa & ketika BN dh tak de kuasa barulah jd cacing kepanasan, kencing tak lawas!