Selasa, 23 Julai 2013

Anak dah empat .. tapi lelaki ini masih takberpuasa!

SENAI - “Saya sedar puasa itu wajib, tapi saya gagal kawal nafsu, malah jadi seronok apabila dapat makan ketika orang lain berpuasa,” luahan seorang kaki ponteng puasa, Lokman (bukan nama sebenar).

Dia yang bekerja sebagai pengurus besar di salah sebuah kilang di sini dan mempunyai empat anak mengakui sikapnya itu terbawa-bawa sejak bujang.

“Nak kata saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, tidak pula kerana saya bersekolah aliran agama dari kecil, malah kedua ibu bapa saya amat garang.

baca lagi ..




“Kami mempunyai adik beradik yang ramai dan kehidupan masa kecil susah kami telah terbiasa makan sikit atau ada kalanya terpaksa berpuasa kerana bapa tidak mampu,” katanya yang kini berusia 48 tahun.

Katanya, kegiatannya itu diketahui isterinya dan mengakui di awal perkahwinan, dia akan ke lokasi-lokasi tertentu, namun lama-kelamaan dia lebih berani membawa bekalan makanan pulang ke rumah.

“Bukan isteri tidak lihat dan tegur, malah anak-anak pernah melihat saya makan di rumah.

"Entahlah, susah nak cakap... benda kita dah biasa buat, sukar untuk berubah.

“Moga-moga akan dibuka pintu hati ini untuk berubah dan saya juga ingin berubah, cuma tidak tahu bila dan bagaimana?” katanya.

Biarpun begitu, dia bersyukur kerana anak-anaknya berpuasa seperti mana yang dituntut dalam Islam.

Dia juga berterima kasih kepada isterinya yang juga seorang suri rumah kerana mendidik anak-anakny untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga.

Lokman berkata, biarpun sedar tindakannya itu boleh dikenakan hukuman denda dan penjara, namun dia mengakui belum pernah kantoi atau dicekup.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Umur kalau dh tua mmg susah nak berubah.Jgn nanti dtg musibah baru nak menyesal kenapa tak ikut perintah agama.Biasalah manusia selagi belum terantuk mana nak sedar. Dekat2kan diri dgn org alim2 selagi pintu taubat masih terbuka.Semoga mendapat hidayah & jgn nanti ramadan kali ini ramadan yg terakhir.

Cetak Baju berkata...

adoi.. ape nk jadi la ni.. umo dah 48.. tunjuk la contoh pada anak2.. haishh

Tanpa Nama berkata...

Suatu pengakuan yang jujur. Ibubapa dah bagi didikan agama(pi sekolah agama lagi)tapi nafsu mengatasi akal & iman.