- Ketika himpunan Black505 sudah sampai ke kemuncaknya, pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin meminta peserta tidak berundur selagi Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak dibebaskan.
Difahamkan dalam mesyuarat penganjur sebelum ini, himpunan hari ini dijangka berakhir jam 5 petang.
Husam menerusi SMS memaklumkan beliau ditahan di Balai Polis Ampang kira-kira jam 4 petang tadi dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
Ia dipercayai ekoran kenyataannya Isnin lalu yang menganjurkan orang ramai menyertai himpunan di Padang Merbok hari ini.
Ketika ini, beberapa orang peserta dari kalangan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.
BLACKOUT:HUSAM MUSA DITAHAN
klik papar untuk butiran:
Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.
Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan kenyataannya beberapa hari lalu berhubung kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.
NONESementara itu diPadang Merbok, bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata Pakatan Rakyat memenangi undi sebanyak 55 peratus di Perak, manakala BN hanya 44 peratus.
Katanya, Ini membuktikan rakyat tolak BN, dan mahu pr terajui kerajaan.
Katanya, peguam PAS telah hantar lapan petisyen pilihan raya bagi membukti segala salah laku yang didakwa yang dibuat oleh BN.
"Kalau dua petisyen kalah, dia akan tumbang di Perak. Tuan-tuan nak tgk BN tumbang di Perak? Jadi doa terus.
"Dari lapan, kita mohon dua utk menyebelahi kita dan tumbang bn dan zambry. Itu permintaan drpd Pakatan Perak," katanya.
Jumlah peserta Black 505 cecah 30,000
klik papar untuk butiran lanjut:
22 Jun: Ribuan peserta himpunan Black 505 yang tiba ke Padang Merbok dari tujuh lokasi berbeza, dianggar mencecah 30,000 orang.
Pdg MerbokPerkara itu diumumkan Datuk Johari Abdul selaku Pengerusi majlis bersama Penyelaras NGO Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.
Ribuan yang tiba ke lokasi sehingga jam 3.15 petang kemudian mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, yang diberi peluang berucap bergilir-gilir.
Antara yang terawal memberi ucapan ialah bekas speaker DUN Perak, Sivakumar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain tiba kira-kira jam 3 petang, antaranya Nurul Izzah, Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.
Program diteruskan dengan ucapan Presiden NGO Royalti (R), Nazri Deraman, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman.
Kesemua ucapan mereka menjurus kepada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya umum 5 Mei lalu.
Sementara itu, pengarah Perhimpunan Black 505, Rafizi Ramli berkata, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 4 petang untuk memberikan ucapan.
Tengku Adnan - S'usaha UMNO turun jumpa pemimpin pakatan
Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun ke Padang Merbok untuk berunding dengan penganjur perhimpunan Black 505.
Tengku Adnan memujuk penganjur untuk memindahkan lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.
“Kita telah maklumkan kepada pihak penganjur kalau boleh pergilah ke Stadium Merdeka.
“Ini adalah tempat public. Walaupun kita telah memberikan kelulusan di Parlimen siapa nak tunjuk rasa pun tunjuk rasalah, tapi kalau boleh di tempat tertutup,” kata beliau kepada pemberita di lokasi perhimpunan sebentar tadi.
Sementara Pengarah Strategi PKR pula mengatakan tempat perhimpunan kekal di Padang Merbok.
“Kita akan tetap ke Padang Merbok, itu hanya khabar angin Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada berita mengenai pertukaran lokasi perhimpunan ke Stadium Merdeka.
Sebelum itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh memberitahu beliau menerima maklumat perhimpunan berpindah ke Stadium Merdeka dari lokasi asal Padang Merbok.
Mohamad mengatakan masih belum terdapat pengesahan mengenai perkara itu dari pengurusan stadium atau penganjur perhimpunan.
Laporan dari harakahdaily
klik papar untuk butiran:
KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.
Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.
Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.
[LAPORAN LANGSUNG]
1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan krn Anwar bkn krn PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.
Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.
Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman.
Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.
1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr. Masing2 memakai bju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.
1.15pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.
1.10pm : Sogo - Suasana aman. Kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini. Ketika ini peserta himpunan sdg mendegar ucapan drpd pimpinan yg di mulakan oleh pimpinan AMK.
Kelihatan pihak polis sdg mgawal keadaan. Peserta sdg mnggu arahan utk bergerak ke Padang Merbok bila-bila masa shj.
1.05pm : Pejabat PAS - Lebih 200 peserta Black 505 sudah berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sementara menunggu untuk berjalan-jalan beramai-ramai ke Padang Merbok sebentar lagi.
Menurut Anggota keselamatan Unit Amal, Abg Cham, mereka akan mula berjalan beramai-ramai selepas menunaikan solat Zohor di situ.
Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.
1.00pm : Masjid Negara- Org ramai sudah memenuhi ruang di Masjid Negara, gerai-gerai jualan juga dibuka
keadaan masih terkawal sementara menunggu waktu zohor.
Pimpinan yang sudah kelihatan tiba setakat ini, pengarah himpunan black 505, Datuk Johari Abdul.
Selain beliau, pimpinan yang ditetapkan mengetuai kumpulan di sini adalah AJK PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.
Laporan dari sinar harian
klik papar untuk butiran:
BRICKFIELDS - Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan lengang sekitar jam 11 pagi ini ketika tinjauan wartawan Sinar Harian Online yang ditugaskan membuat liputan himpunan Black505.
Tinjauan awal dilakukan di sekitar kawasan ini yang menjadi salah satu 'check point' para peserta yang kemudiannya akan bergerak ke Padang Merbok.
Tinjauan kami mendapati tidak ada sebarang sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis khususnya di laluan yang menghubungkan "Little India".
Tujuh 'check point' ditetapkan oleh pihak penganjur himpunan.
Orang ramai kelihatan berurusan di kawasan ini seperti biasa dan premis perniagaan juga beroperasi seperti biasa.
Kira-kira jam 11.20 pagi ini, sekumpulan peserta Black505 telah berada di Jalan Tun Sambanthan sambil memegang banner yang tertulis "Kartunis Menentang Penipuan Pilihan Raya" yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
Kira-kira 10 ahli KKI yang menyertai "flashmob" mula berkumpul di Jalan Tun Sambanthan.
Dalam pada itu, kira-kira jam 11.30 pagi tadi, sebanyak lapan buah kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan melalui Jalan Tun Sambanthan sebelum menghala ke Jalan Bangsar tanpa mengetahui destinasi mereka.
6 respon:
bodoh sgt..ni yg org tak mau perhimpunan bodoh..cakap kat pdg merbok je tapi pegi berarak sampai satu kl..bodoh sgt...
Kalau kau x pegi jgn ckp org bodoh...bodoh pnya org
Kalau kau x pegi jgn ckp org bodoh...bodoh pnya org
ko yg bodoh,,,,x tahu tentang politik
Fulamak ni la yg dkatakn x panjang akal kot..
Bodoh tenteng apa? Pahaman politik kau ke?.
Catat Ulasan