Sabtu, 1 Jun 2013

Turun harga kereta, rakyat terperangkap lagi

Janji BN untuk menurunkan harga kereta hanya sekadar ‘perangkap’ sahaja apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya mengumumkan ianya dibuat secara berperingkat menjelang tahun 2017.M enjelang tahun 2017, pelbagai perkara boleh berlaku dan dijadikan alasan oleh BN untuk ianya dihentikan atau dikaji semula.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, kerajaan harus menjelaskan kepada rakyat tarikh sebenar harga kereta akan diturunkan bukan hanya menyebut ianya diturunkan secara berperingkat sehingga tahun 2017.

Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas kenyataan JF Apex Securities yang disiarkan dalam akhbar.

JF Apex dalam kenyataannya memberitahu kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, BN telah berjanji sebelum pilihan raya umum yang lepas, namun ianya belum pun ditunaikan.

“Kita tidak mahu janji tersebut hanya janji pilihan raya, rakyat menanti penurunan harga kereta bagi menampung keperluan hari mereka,” kata Mahfuz ketika ditemui di Jalan Pahang 28 Mei lalu.

Tambah beliau, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, BN perlu memastikan segala janji manifesto dapat ditunaikan dengan segera.

“Sepertimana yang dilaungkan oleh BN iaitu janji ditepati, maka seeloknya kerajaan menyatakan bila mereka akan menurunkan harga kereta,” katanya lagi.

“Kita tidak mahu apabila BN menang pilihan raya maka banyak dolak dalih dalam soal penurunan harga kereta apa yang pasti janji tetap janji dan jangan sampai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru ingin dilaksanakan,” tegasnya.

Menurut Mahfuz, apa yang dijanjikan BN itu sebenarnya telah termaktub dalam tawaran manifesto Pakatan Rakyat.

Beliau juga berharap BN turut mempunyai langkah- langkah yang telah dikenalpasti sebelum janji penurunan harga kereta dilakukan dan bukannya menciplak idea daripada Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan pengundi.

BN di dalam manifesto PRU13 telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus hingga 30 peratus.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: