Jumaat, 21 Jun 2013

Rumah mampu milik, kereta mampu milik atau selipar mampu milik?

Penggal lepas, PM Najib memperkenalkan konsep rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan perumahan rakyat, kali ini Proton sebagai proxy kerajaan juga memperkenalkan konsep kereta mampu milik.

Kedua dua konsep ini dikatakan memberi penekanan kepada aspek kemampuan rakyat untuk membayar( bukan membeli) ansuran bulanan tetapi betulkan rumah yang dibina oleh syarikat perumahan negara dan kereta yang dikeluarkan oleh proton itu mampu dimiliki oleh semua lapisan rakyat? Dari segi bayaran sahaja sudah menimbulkan keraguan apatah lagi dari segi mutu atau kualiti.

Rumah mampu milik setelah diberi subsisi oleh kerajaan pusat masih dijual dengan harga yang tinggi bagi rakyat yang berpendatan rendah dan serderhana dimana sebenarnya konsep mampu milik itu hanya merupakan konsep sewa beli atau konsep pinjaman baik oleh bank kovensyional atau bank Islam, bukannya mampu milik dalam erti menjadi harta rakyat yang boleh jadi pesaka kalau pemilik meninggal dunia.

baca lagi ..


Begitu juga dengan mampu milik kereta Proton, ianya masih merupakan konsep mampu milik dalam bentuk sewa beli yang bermakna pemilik masih bukan pemilik kepada kereta itu sehingga tempoh bayaran pinjaman selesai. Dan kalau dalam tempoh itu, pemilik meninggal dunia, kereta itu tidak menjadi pesaka, sebaliknya dikira sebagai hutang yang mesti dibayar oleh pewaris.

Analisa ini tidak mengambil kira jumalah bayaran bulanan bagi rumah mampu milik dan kereta mampu milik serta pinjaman pinjamna lain yang perlu dilunaskan oleh pemilik. Kalau dicampur semua liabiliti rakyat yang memiliki rumah mampu melebihi RM500-00 malah mungkin mencecah RM1,000-00.

Bayangkanlah kalau pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000-00 sebulan dan dengan jumlah ansuran bulanan di antara RM500-00 dan RM1000-00 beserta komitmen kewangan lain, mampukah mereka menanggung semuanya ini?

Konsep mampu milik sepatutnya merujuk kepada kemampuan rakyat memilik sesuatu itu secara tunai, seperti rakyat membeli selipar yang sah mampu dimiliki, tetapi untuk rumah dan kereta yang terpaksa ditanggung oleh pemilik dalam satu jangka masa yang panjang, konsep ini tidak munasabah.

Kerajaan yang baik dan prihatin kepada masalah rakyat seharusnya mencari jalan penyelesaian yang tidak membebankan rakyat dalam jangka panjang seperti berusaha mengurangkan kos pembinaan dengan bahan bahan binaan yang lebih bermutu, berusaha mengurangkan indek harga pengguna kearah memberi lebihan pendapatan menerusi penjimatan kepada barangan pengguna,mengurangkan karenah birokrasi bagi mengelakkan rasuah dan lain lain usaha yang lebih praktikal dari konsep mampu milik yang diperkenalkan sekarang.

Hari ini, rakyat boleh memdapatkan selipar mampu milik tetapi bukan rumah dan kereta mampu milik.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: