Isnin, 24 Jun 2013

Panas hari pertama parlimen penggal ke 13 .. saksikan



KUALA LUMPUR, 24 JUN: Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Datuk Paduka Pandika Amin kekal sebagai speaker untuk sidang Dewan Rakyat ke 13.

Beliau mendapat undi sebanyak 133 berbanding lawannya Datuk Adbul Kadir Sulaiman, mantan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapat sokongan padu kesemua 89 undi dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

baca lagi ..




Nama Pandikar Amin telah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin manakala Tan Sri Kadir dicadangkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Berlaku sedikit kekecohan bilamana ahli-ahli Parlimen PR tidak bersetuju kerana pemilihan itu tidak mengikut prosedur.

Sebelum itu awal pagi tadi, jalan masuk ke parlimen sudah dipenuhi dengan sekitar lebih 100 orang demonstran yang mendesak pegawai-pegawai tinggi Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) meletak jawatan.

Kumpulan NGO dan anak muda yang melakukan protes pagi ini rentetan perhimpunan Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok 22 Jun kelmarin



Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan





Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

Kumpulan berkenaan, disertai kira-kira 150 orang lagi yang mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli, cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan agar bersurai selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

Sementara itu, seorang aktivis NGO Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim pula berkata beliau difahamkan bahawa individu yang ditahan akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan seterusnya ke lokap berpusat Jinjang.

Katanya, sebahagian dari anggota kumpulan berkenaan, yang bersurai pada kira-kira jam 12.20 petang, akan berhimpun semula di Padang Merbok untuk satu taklimat pada petang ini.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Carlos Santiago berkata...

lama lagi nampaknya. kena tunggu lagi 5 tahun... terpaksa bersabar jela. hemmmm...

p/s: admin, mohon update bankami.blogspot.com kpd > http://bankami.net dalam bloglist. Dah tukar pada domain sendiri. Jasa admin dihargai.