Sabtu, 22 Jun 2013

Kisah Tersirat : UMNO, Kongkong dan Kampung

Pagi ini saya ingin menceritakan satu peristiwa yang terjadi di Shah Alam semasa PRU 13 yang lalu. Di salah sebuah kawasan di Shah Alam, pada malam pengiraan undi, puak UMNO telah mendapat berita bahawa, untuk daerah mengundi berkenaan, calon BN telah menang di saluran 1 dan 2. Mereka begitu bersemangat dan berkumpul dan terus berkonvoi ke rumah Ketua Kampung!

Setiba di sana, mereka berteriak meminta Ketua Kampung keluar untuk bertemu dengan mereka. Apabila ketua kampung keluar, mereka menuntut supaya kunci masjid diberikan kepada mereka!

baca lagi ..



Melihat pada rombongan yang agak ramai, ketua kampong pun naik hairan lalu bertanya.

“Apa hal ni?” tanya beliau kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami sudah menang! Dan kami mahu ambil alih Masjid supaya tidak lagi diadakan kuliah yang pro-pembangkang”. Ketua kampung lantas menjawab, sabarlah dulu, tunggulah keputusan keseluruhannya!


Ringkaskan cerita, itulah niat dan matlamat yang tersirat di hati pimpinan UMNO di peringkat bawahan sekalipun. Mereka mahu ambil alih kuasa supaya dapat mengongkong minda Melayu khususnya. Alhamdulillah PAS bersama PR telah menang di Shah Alam dan seterusnya di Selangor! Semoga minda Melayu dan seluruh rakyat Negeri Selangor dapat terus dikembangkan.~ Oleh Khalid Samad


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: