Rabu, 5 Jun 2013

Isu pertindihan kerusi PAS dan PKR

Isu pertindihan kerusi PAS dan PKR masih lagi hangat diperkatakan dan ia masih dibincangkan samapi ke hari ini. Pada saya isu ini telah menunjukkan satu kelemahan yang masih ada dalam Pakatan Rakyat.

Dalam permuafakatan sesuatu organisasi, ia tidak hanya bergantung kepada pimpinan tertinggi sesebuah parti atau organisasi.

Ia perlu merangkumi kesemuanya termasuk orang bawahan. Orang bawahan perlu patuh kepada arahan pimpinan. Dalam isu ini juga menunjukkan ada kelemahan dari pihak bawahan dan juga pihak pimpinan. Ingat peristiwa perang bukit uhud.

Pada masa peperangan pihak muslim telah nampak kemenangan dalam tangan mereka. Mereka lupa kepada arahan Rasulullah agar tidak meninggalkan kawasan masing-masing sehingga perang tamat. Tetapi apa yang berlaku pihak memanah meninggalkan kawasan mereka untuk berebut harta dan akhirnya tentera Muslim kalah dalam pertarungan tersebut. Perkara yang sama berlaku pada Pakatan Rakyat dimana kemenangan sudah nampak didepan mata dimana rakyat telah member sokongan padu kepada mereka.

Sikap tamak mula kedengaran dan perebutan untuk menjadi calon mula menjadi pertikaian. Masing-masing menyatakan ada pengaruh dikawasan tersebut. Inilah yang menjadi masalah utama kepada Pakatan Rakyat. Kalau dahulu mereka tidak sudi mahu bertanding sebab takut kalah. Tetapi sekarang berebut hendak menjadi colon sebab yakin menang. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Harus diingat, kelebihan utama BN nasional adalah kekuatan UMNO dalam parti tersebut. UMNO menjadi ketua parti tersebut dan parti lain harus mendengar apa jua yang mereka putuskan. Sebagai contoh mereka merampas kerusi-kerusi MCA dan meletakkan calon mereka. Walaupun mendapat bantahan dalam parti, tetapi mereka (MCA) patuh apa yang UMNO telah putuskan.

Ia berbeza dengan Pakatan Rakyat, walaupun pihak pimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk meletakkan calon PKR di kawasan tersebut, tetapi akar umbi PAS masih tidak menerimanya. Mereka melanggar arahan pimpinan parti malah tetap meletakkan calon dikawasan yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil apa yang dicerita oleh presiden PAS tentang ada calon PKR mengagungkan Stalin adalah satu rekaan cerita bagi menghalalkan tindakan mereka pada ketika itu. Isu ini perlu diambil perhatian yang serius oleh pimpinan parti terutama PAS kerana tujuh kerusi yang diperuntukkan untuk PKR telah mereka sabotaj.

Tindakkan yang tegas perlu dikenakan kepada mereka. Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian, nescaya pilihan raya yang ke 14 pasti akan berulang dan impian untuk Berjaya menawan Putrajaya pasti akan tinggal angan-angan.

Sudah sampai masanya PKR, PAS, dan DAP memberi tekanan kepada ROS agar lambang Pakatan Rakyat boleh digunakan untuk pilihan raya yang akan datang.

Maknyanya semua parti menggunakan satu bendera. Apa yang penting tujuan utama adalah mengalahkan Barisan Nasional terlebih dahulu. Harapan rakayat Malaysia adalah tinggi dan ianya memberi sepenuh harapan kepada Pakatan Rakyat.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: