Dua tiga hari ini, ketika menonton TV, sering ditayangkan iklan mengenai subsidi kerajaan kepada produk produk tertentu seperti petrol Ron 95, Diesel, gula, tepung gandum dll.Iklan yang ditayangkan seolah olah mahu memberitahu rakyat bahawa kerajaan mengambil berat kepada masalah rakyat dan sentiasa memberikan subsidi untuk meringankan beban rakyat.
Kerajaan sebenarnya sudah memberi subsidi kepada rakyat sejak dari awal merdeka lagi.Tiada apa yang istimewa kepada subsidi yang diberikan kerana sudah menjadi tugas kerajaan menyediakan subsidi kepada rakyat.Maknanya tiada kebaikan di pihak kerajaan semata mata menyediakan subsidi dan tidak perlu bagi kerajaan mengiklankannya kerana itu sudah menjadi tugas kerajaan.
baca lagi ..
Perkara yang diabaikan semasa mengiklankan jumlah subsidi itu ialah punca pendapatan kerajaan.Sepatutnya kalau subsidi itu mahu diwar warkan, maka punca pendapatan kerajaan juga perlu diwar warkan.Biar rakyat tahu dan boleh membuat penilaian sejauh mana cekapnya kerajaan membelanjakan pendapatannya.
Biar rakyat tahu berapa bayak sumber pendapatan kerajaan hasil dari kutipan cukai, lain lain jenis kutipan dari rakyat dan berapa banyak pendapatan yang diperolehi dari sumber sumber khazanah bumi anugerah Tuhan.Khusus untuk subsidi petrol Ron 95 dan diesel, aliran pendapatan masuk ke akaun kerajaan hasil dari industri petrolium dan gas harus didedahkan kepada rakyat.
Barulah rakyat tahu kedudukan dan kecekapan kerajaan menguruskan kewangan negara.Kalau rakyat asyik dihidangkan dengan subsidi tanpa diberitahu dari mana kerajaan mendapat wang untuk memberi subsidi itu, ada kemungkinan rakyat akan terbahagi kepada dua golongan.
golongan pertama ialah golongan yang bermaklumat mengenai kedudukan sesebuah kerajaan, kerajaan yang berfungsi mengutip dana dari rakyat serta dari sumber bumi dan industri yang dijalankan dalam negara.Golongan ini akan mempersoalkan subsidi yang diberikan oleh kerajaaan kalau jumlah pendapatan sebenar kerajaan tidak didedahkan.Ini adalah kerana golongan ini faham bahawa saiz subsidi kerajaan bergantung kepada cara dan perolehan produk produk tersebut dan kedudukan pendapatan kerajaan, umpamanya dalam kes petrol dan diesel, kalau harga petrol dan diesel itu tinggi kerana harga pasaran dunia minyak tinggi, tetapi sebagai negara pengeluar minyak,negara memperolehi keuntungan yang besar hasil harga minyak yang tinggi di pasaran dunia jadi tiada masalah kepada kerajaan memberi subsidi yang besar juga kepada harga petrol dan diesel dalam negara malah dalam keadaan pengeluaran minyak negara sekarang, rakyat patut menikmati petrol dan diesel yang lebih bermutu dari Ron95 pada harga yang jauh lebih murah.
Begitu juga dalam kes kes produk produk yang lain, kalau saiz pendapatan kerajaan besar maka sepatutnya saiz subsidi juga besar.Oleh itu perlu bagi kerajaan mendedahkan saiz pendapatan bersama sama subsidi yang diwar warkan itu bagi membolehkan rakyat membuat penilaian kecekapan kerajaan menguruskan negara.
Golongan kedua pula akan terdiri dari mereka yang tidak bermaklumat dan tidak faham fungsi kerajaan.Golongan ini dengan cepat memuji kerajaan kerana subsidi yang diiklankan itu tanpa menyedari mereka sebenarnya tertipu kerana mereka juga turut menyumbang kepada dana yang kerajaan gunakan untuk memberi subsidi menerusi cukai yang mereka bayar.
Malang bagi rakyat dari golongan ini yang umumnya terdiri dari mereka yang layak menerima BR1M.Akibatnya walaupun ada di antara mereka tidak mempunyai kereta atau motosikal tetapi mereka menjadi pengguna tegar kepada pengangkutan awam dan kenaikan tambang bas expres sebanyak 10% menjelang raya nanti tanpa disedari terpaksa diserap oleh mereka.
Dari sudut politik, golongan ini jugalah yang membentuk kumpulan pengundi atas pagar yang besar dan sentiasa terpesona dengan habuan segera seperti BR1M dan lain lain bantuan menjelang PRU.
Lantaran itu menjadi tugas kepada rakyat yang inginkan perubahan dan keadilan menyampaikan mesej kebenaran kepada pengundi atas pagar ini, bukan hanya mengharapkan kumpulan tertentu seperti PAS atau PR dan menyalahkan mereka kalau mesej ini gagal disampaikan.Orang yang bertanggungjawab tidak mudah menyalahkan orang lain sebaliknya tampil dengan berani berdepan dengan masalah.
0 respon:
Catat Ulasan